Wednesday, 6 April 2011

Pengenalan diri dalam bahasa arab........

Sunday, 3 April 2011

Tips pada wanita........theo...theo...theo...theory .....Rahsia Menilai Lelaki Melalui Pergerakannya

Rahsia Menilai Lelaki Melalui Pergerakannya
Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita. 


Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelak itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.
Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.
Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.
Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.
 

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Kadang2 hanya sekadar theo....theo...theory....
x semua lelaki serupa.....lain rambut ,lain hati,lain perwatakan......


Pandai2lah menilai yek...yek...yek....
renung2kanlah n selamat beramal....;)



1

Saturday, 2 April 2011

Tentang perasaan ku.........

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)

                                                                                                           FDK 
Ingin aku tujukan lagu ni pada insan yang aku sayang..........
insan yang aku sayang..... sentiasa di hati walaupun jauh......
Biar apa yang jadi.......namun doa adalah senjataku untuk terus menyayangi......
Family ku.......sayang ku x pernah pudar...begitu juga pada...orang yang aku sayang......nun jauh di sana....
angin sampaikan salamku pada nya..........beritahunya TENTANG PERASAANKU....ini..


Khas buat insan yang selalu bertakhta di hati ini...tudia...chewahhh!!....ni la yang berlaku sekarang dalam dunia realiti........
"INGATLAH..CINTA YANG KEKAL ABADI ADALAH CINTA KEPADA ILAHI....."
apa2 pn yang kita buat mesti la kerana Allah......
Allah lah tempat kita berlindung dan meminta pertolongan.....
sama juga seperti aku punyai family yang aku sayang dan orang yang aku sayang....
kalau kita sayang mereka......mohonlah doa agar mereka sihat, selamat, berjaya dan sentiasa berada dalam peliharaan Allah.......tak lupa jugak supaya memperkukuhkan hubungan kita....yek...yek...yek....

renung2 lah......selamat beramal....

Ibu.....maafkan aku....tak terniat pun untuk menyakiti hatimu.....

Salam perkhabaran pada semua......
pernah tak hampa semua berfikir sejenak.....ingat pada kedua orang tua kita.......
kita selalu alpa.....seronok dengan kawan2......dengan awek.....sementara mereka masih ada hargailah mereka.... bila dah tiada nanti barulah kita akan terasa kehilangan yang teramat sangat......
orang yang kita sayang......orang yang membesarkan kita......bagi kita pelajaran...... 
ni nak pesan.....yang mana yang dok jauh...hantar message pun dh ckup menggembirakan hati kedua ibu bapa kita.....ni sampai lupa terus..... nak jadi anak apa ni......bawak2 la beringat....
kita kena la selalu mendoakan mereka......walau macam mana jahat mereka tu......mereka tetap ibu dan bapa kita.....kita berdoa la agar mereka diberi petunjuk.......bukannya terus membenci.......ni aku nak kongsi sikit ngan semua....

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah x leh mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, ni kena jadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.
Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya tu. Akibatnya, Alqamah tak mampu nak mengucap dua kalimah syahadah pada saat2 penghujung hayatnya.
Masalah ni telah diajukan kepada Rasulullah SAW. Maka, Rasulullah SAW bertanya ,"adakah bapanya masih hidup?, mereka menjawab : sudah tiada.........Rasulullah SAW bertanya adakah ibunya masih idup?....mereka menjawab : masih ada..." 
Lalu Rasulullah SAW memerintahkan supaya memberitahu ibunya bahawa Baginda ingin bertemu dengannya.... Berita itu disampaikan kepada ibunya....ibunya pun berasa perlu untuk pergi berjumpa Rasulullah SAW....dia terfikir takkan Rasulullah SAW nak mai jumpak dia pulak.....
Selepas berbincang dengan Rasulullah SAW.....ibunya enggan memaafkan Alqamah.....
Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya ajaq kita betapa seorang ibu tu sanggup berkorban apa saja kat dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab tu lah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.
Dalam pada tu, Islam mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakit dan menyinggung perasaan ibu. Pendek kata, ibulah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan dilakukannya. Mereka tak pernah lupa untuk mendoakan kita.......tapi kita???

Bukankah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."
Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita leh la lupa melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa.
Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu. Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, kelangsungan dan kebahagiaan anak mereka.

aku sertakan video klip ini......buat renungan kita yang alpa ini.....

 hubungilah ibu bapamu........

Friday, 1 April 2011

12 Azab jika tinggalkan solat......ni En.Amir bgtau aku...........Tobat la....

Morning.........salam perkabaran..dan...salam 1 Malaysia.....

Nak crita mai kat hampa suma.....ni pagi tadi aku bangun awal2 pagi....
mcm biasa la menunaikan benda wajib la......bukan pi ke jamban....tapi solat subuh la....
lepas solat aku ada teringat 1 benda.....
aku teringat satu peringatan yang di sampai kan kepada aku.....peringatan ini disampaikan oleh salah seorang pensyarah aku....En.Amir(bukan nama sebenar ........hehehehe).
Dia ni tiap-tiap kali masuk kelas.....mesti mula dengan sedikit peringatan.....kalau x tazkirah....mutiara kata...pendek kata....tenang la ckit jiwa ni.......dalam bnyak2 yang dia dok bagi tu.....pagi tadi aku teringat la salah satu daripadanya....iaitu 12 azab jika meninggalkan solat,......so aku rasa aku nak share ngan hampa semua.....ilmu kita share2 lah noh..........


12 AZAB JIKA MENINGGALKAN SOLAT
(kira x sembahyang la....)

Di Dunia :
  • Dihilangkan berkat dari usahanya.
  • Dicabut Nur orang-orang mukmin daripada dirinya
  • Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman
Sebelum Masuk Kubur :  
  • Rohnya dicabut ketika dia sedang haus
  • Merasa sangat pedih dan siksa ketika roh dikeluarkan
  • Akan risau dengan keimanannya
Ketika di Dalam Kubur :
  • Susah nak menjawab soalan ketika disoal
  • Kubur jadi gelap
  • Kuburnya akan menghimpitnya sehingga patah tulang rusuknya
Di Hari Kiamat :
  • Hisab akan menjadi berat
  • Allah sangat murka
  • Diseksa oleh api neraka

Bila aku teringatkan peringatan ni...................aku sedar dan takut ...tapi kita ni manusia selalu lalai dan alpa.... jadi kadang2 aku terapla dengan duniawi ni....sama saja kepada semua....oleh itu kita kena la saling mengingati antara sesama saudara seIslam kita..ingatlah solat itu adalah tiang agama.......mungkin ada yg berkata...
"huh...aku dah ajak dia dah .....x bangun2 pn....siap wat x tau lg......"
x mengapa....kita dah lakukan tugas kita untuk memperingati.....jadi terpulanglah kepada si pelaku untuk membuat keputusan.......masing2 dh besar panjangkan......bukan budak2 la.......
teringat aku pada salah satu skrip aku.....
"Budak kata awak......dah berjanggut atas bawah, budak apa namanya tu........."
sedar la kita ni dh besar.....fikir yang terbaik untuk diri kita ni......malu la pada yang adik2 tu....
ingat la....yang muda dari kita selalu perhatikan kita yang dah tua ni untuk di jadikan contoh........
kalau contoh baik.....baik la jadinya mereka......kalau contoh jahat.....fikir2kan lah yek...yek...yek.....



Di mana pn kita boleh solat......







Selamat beramal yek......

Thursday, 31 March 2011

Akibat jadual terlalu dekat......kesian student ni....

Layan video ni......
Hah ini aksi jangan tiru.......ni suma akibat student2 yang penat stdy........nk tenangkan fikiran......
"INGAT TAU........APA SAJA MASALAH YANG MELANDA......JANGAN MARAH YEK...YEK.... YEK..... SENYUM X PERLU KATA APA-APA........BELAJAR LA REDHA DENGAN APA YANG DIBERI.....BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK....YEK...YEK...YEK...."

video ni x dak kena mengena dengan yg hidup atau pn yg telah meninggal dunia....... Insyaallah...

p/s : kalau tension2 .....leh bukak video ni.....layaaaaaaaaaaaaaaannnnn!!!...;)

Cheezy Wages........yang aku idam-idamkan.....hurm yummy...yummy!!!

Saja nak share.......cheezy wages ni adik aku yg buat.......sedap kemain lagi nak habaq mai.......
bukan nk up adik sendiri.......tapi dia memang berbakat......ni semua tunjuk ajar dari mak ngan abah aku la....thankz alot.....aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang  depa suma......tengok ja gmbaq ni.....dan2 nak pi KFC......hm kawan2 patut mencuba.....buat untuk family ka......sedara marea ka......insan yang tersayang ka....yes.....hampa patut cuba........
Terliur koit......!!!!
Xpa nt aku share ngan hampa resepi dia......nt aku tnya adik aku.....k...k...;)

Tarra.....RESEPINYA.....
kentang (jenis kulit yg merah gebu tu)
air untuk merebus
tepung berperisa(ala tepung goreng ayam tu)
serbuk cili atau serbuk lada sulah (kalau hampa mau la....)
minyak utk goreng


Potong ubi kentang (tak payah kupas kulit dia). Untuk 1 sebijik boleh dapat dlm 6-8 keping. Jerang air sampai mendidih. Masukkan kentang. Rebus sampai empuk. Angkat dan pastu toskan. Letak dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan dia selalu pastu baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!waaaaw!!!

Sos Keju.
adik aku kata dia order online dgn sorang gurl ni melalui facebook....
order pastu dapat serbuk keju tu....bancuh dengan air panas ja.....
dh siap.....ni aku share link gurl tu.....


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1513938781624&set=a.1454154367051.2057675.1629072885#!/profile.php?id=100000401005633&sk=wall

order kak akak wani ni.. :)

tapi kalau nak buat manual.....ni caranya....:
200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (biasa guna yg warna kuning ja)
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
50 ml susu segar
2 sudu besar sour cream (atau natural yogurt)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Caranya:
Guna pot yang non stick..cairkan butter dan masukkan tepung..gaul sebati pastu masukkan susu dan dikacau sampai pekat .
Masukkan keju tu tadi..kacau sampai keju tu cair...pastu masukkan sour cream kacau sebati dan siap..

Bagi pekat2 ckit bru mengancam......hah....setel....
selamat mencuba ya,.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...