Thursday 11 April 2013

Yang menyayangi atau yang disayangi lebih penting?

Kata dasarnya adalah sama iaitu sayang tetapi mempunyai maksud yang berbeza.Menyayangi seseorang adalah sanggup melakukan perngorbanan duit, masa, tenaga semata-mata untuk orang yang amat kita cintai. Sanggup bersengkang mata hanya untuk menemaninya ketika dia susah hati atau sedih. Sanggup menaiki bas yang perjalanan hampir berjam-jam hanya untuk berjumpa dengannya. Sanggup membuat kerja lebih masa semata-mata untuk mendapatkan apa yang orang yang dicintainya hajati. Sanggup ikat perut semata-mata untuk memberikannya makan yang sedap-sedap.Macam biasa berlaku kn? Walaupun berbuih mulut kawan-kawan menasihati jangan buang duit utk dia. Jangan sebab dia kita yang susah. Tapi sebab dah terlalu menyayanginya lah kita buta tak nmpk keburukannya dan tuli dengan apa yang orang kata... Disayangi adalah orang yang menyayangi kita dan ikhlas terhadap kita. Tak perlu kita meminta tapi dia sentiasa memberi. Tak perlu kita panggil sekiranya ada masalah sebab dia selalu berada di sisi. Dia selalu meminjamkan bahunya semasa kita sedih, dia sentiasa meminjamkan telinganya bila kita ada masalah, dia tak pernah sesekali melupakan kita walaupun jauh mana kita berada. Lain rasanya bila diri disayangi dari menyayangi... betulla juga orang kata lebih baik berkahwin dengan orang yang mencintai dan menyayangi diri kita dari kita menyayanginya sebab orang yang sayang kita takkan sesekali meninggalkan kita. Tetapi orang yang kita sayang akan ada waktunya berubah perasaan bila terjumpa dengan orang yang dia sayangi. Memang sedih sgt bila terpaksa melepaskan. Betul juga kata kawan-kawan aku yang mana baik menangisi perpisahan sekarang dari kita jenuh menjaga sesuatu perhubungan itu dan dia langsung tak ambil kisah. Dan lambat lain perpisahan itu akan terjadi juga. Lambat atau cepat cumalah masa. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul... Sesuatu yang baik itu akan datang juga cuma akan datang lambat sikit supaya kita lebih bersabar. Semua orang akan mendapat kebahagiaan itu. Cuma kita perlu mendekatkan diri kepadanya dan muhasabah diri baik buruknya kita. Dari asyik menilai kebaikan dan keburukan orang lain.Ada benarnya kata punjangga ,"Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang..."Tetapi sayangilah orang yang menyayangi diri anda selayaknya dia... Sebab dia memang berhak untuk disayangi...

Aku ada seorng kawan yang meluahkan isihatinya sekadar perkongsian.Roy merupakan sahabat yang takpernah tinggalkan aku. Mudah untuk kita cari sahabat yang boleh kita ketawa bersama.tapi susah nak cari sahabat yang mampu menangis sekali. Roy merupakan seorang pelajar happy go lucky. Dia tak ada pengalaman cinta sebab pada usia remaja zaman persekolahannya. dia tak berkeyakinan untuk mendekati wanita kerana terlalu banyak jerawat batu, jerawat kayu, jerawat angkasa lepas semuanya ada. Hahahahahahahahaaaaaa.Tetapi bila dia menjejakkan kaki ke menara gading. Dia masih di tahap yang lama, masih single. Cuma selepas masuk semester ketiga, Roy berkenalan dengan seorang gadis dan semakin lama semakin timbul perasaan kasih kepada kenalan barunya. Dalam perkenalan tersebut beliau mempunyai seorang adik angkat yang merupakan adik kepada kakak angkatnya. Hobi Roy seperti mana semua orang sedia maklum suka menyakat orang. Dari sakatan itu menyebabkan adik angkatnya mula memerhatikan setiap pergerakan Roy. Perasaan cemburu wujud apabila Roy tetap bersama kenalannya itu, kerana Roy seorang yang setia. Roy hanya menganggap adik angkatnya itu sebagai adiknya sendiri. Tidak lebih dari itu. Adik selalu mengadu pada Roy tentang masalahnya sehinggakan keakraban mereka terjalin. Roy tetap dengan pendiriannya setia bersama kenalannya yang pertama itu. Hubungannya bersama kenalannya yang pertama itu berubah menjadi cinta. setelah bertahun2 berkawan rapat. Hubungan mereka tidak kekal lama atas sebab2 yang tertentu. mereka memutuskan untuk berkawan seperti biasa. Tidak ada kena mengena dengan adik angkatnya atau pun orang ketiga, kerana adiknya sudah mempunyai pasangan pilihannya dan lebih advance bila mereka telah merancang untuk bertunang dan ke step seterusnya. Apa yang nak diharapkan lagi. Walaupun dalam dirinya terasakan kehilangan kekasih hatinya dan adik angkat yang sangat rapat dengannya. Keadaan dan ketika serta situasi semuanya tak kena.

Roy teruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Kemudian Roy mulai rapat dengan seorang perempuan yang merupakan rakan sekelasnya..Semakin rapt mereka.. Roy terima berita dari Adik angkatnya yang adik angkatnya baru putuskan hubungan dengan kekasih hatinya. Apa kan daya Roy bukan org yng suka mainkan hati perempuan. Walaupun perasaan sayang terhadap adik angkatnya itu tak pernah luput dari diari hatinya. Adik angkatnya itu menunggu jawapan dari Roy. Tapi ketika itu hati Roy sedang dimiliki. Roy x mampu nak ucapkan kata sayang pada adiknya itu. Biarlah Allah yang menentukan. Roy berada di dalam dilema sama ada menyahut peluang yang masih cerah itu atau pun belajar setia. Roy memilih untuk tidak melukakan hati rakannya yang baru dia kenali itu. Namun hubungan mereka itu tidak kemana kerana ibu bapa rakannya itu sudah ada calon pilihan keluarga untuknya. Kawannya itu memutuskan untuk tidak lagi bersama Roy. Apa kan daya. Kesian kawan aku nih sorang. Dalam masa yang sama, adiknya telah memberi peluang kepada kumbang lain untuk menghuni tamannya itu. Roy hanya mampu berserah kepada Allah. Akhirnya Roy memilih untuk bergerak solo. Roy dah tak mahu bercinta lagi. hatinya masih kuat sayangkan adiknya itu. Rupanya dalam diam Roy ni ada menyimpan satu perasaan murni pada adiknya itu. Tapi apakan daya adiknya itu sudah ada calon dah tidak kurang tempoh sebulan untuk mendirikan rumah tangga...redha la  Roy...doakan kesejahteraan adikmu itu... itu lah jodoh itu rahsia Allah.. Roy....Roy.. sabar la bro na.... Allah tengah uji mu nih...;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...