Thursday, 31 March 2011

Akibat jadual terlalu dekat......kesian student ni....

Layan video ni......
Hah ini aksi jangan tiru.......ni suma akibat student2 yang penat stdy........nk tenangkan fikiran......
"INGAT TAU........APA SAJA MASALAH YANG MELANDA......JANGAN MARAH YEK...YEK.... YEK..... SENYUM X PERLU KATA APA-APA........BELAJAR LA REDHA DENGAN APA YANG DIBERI.....BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG TERBAIK....YEK...YEK...YEK...."

video ni x dak kena mengena dengan yg hidup atau pn yg telah meninggal dunia....... Insyaallah...

p/s : kalau tension2 .....leh bukak video ni.....layaaaaaaaaaaaaaaannnnn!!!...;)

Cheezy Wages........yang aku idam-idamkan.....hurm yummy...yummy!!!

Saja nak share.......cheezy wages ni adik aku yg buat.......sedap kemain lagi nak habaq mai.......
bukan nk up adik sendiri.......tapi dia memang berbakat......ni semua tunjuk ajar dari mak ngan abah aku la....thankz alot.....aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang  depa suma......tengok ja gmbaq ni.....dan2 nak pi KFC......hm kawan2 patut mencuba.....buat untuk family ka......sedara marea ka......insan yang tersayang ka....yes.....hampa patut cuba........
Terliur koit......!!!!
Xpa nt aku share ngan hampa resepi dia......nt aku tnya adik aku.....k...k...;)

Tarra.....RESEPINYA.....
kentang (jenis kulit yg merah gebu tu)
air untuk merebus
tepung berperisa(ala tepung goreng ayam tu)
serbuk cili atau serbuk lada sulah (kalau hampa mau la....)
minyak utk goreng


Potong ubi kentang (tak payah kupas kulit dia). Untuk 1 sebijik boleh dapat dlm 6-8 keping. Jerang air sampai mendidih. Masukkan kentang. Rebus sampai empuk. Angkat dan pastu toskan. Letak dalam mangkuk besar. Gaul dengan tepung berperisa dan serbuk cili. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan. Sebelum keemasan seluruhnya, angkat sebentar dan biar 1 minit (supaya minyak panas semula) kemudian baru masukkan wedges ke dalam minyak, balik-balikkan dia selalu pastu baru diangkat dan disejatkan. Ini akan membuat wedges lebih rangup dan isinya cair di dalam mulut....!waaaaw!!!

Sos Keju.
adik aku kata dia order online dgn sorang gurl ni melalui facebook....
order pastu dapat serbuk keju tu....bancuh dengan air panas ja.....
dh siap.....ni aku share link gurl tu.....


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1513938781624&set=a.1454154367051.2057675.1629072885#!/profile.php?id=100000401005633&sk=wall

order kak akak wani ni.. :)

tapi kalau nak buat manual.....ni caranya....:
200gm shredded cheddar cheese yg warna orange (biasa guna yg warna kuning ja)
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
50 ml susu segar
2 sudu besar sour cream (atau natural yogurt)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

Caranya:
Guna pot yang non stick..cairkan butter dan masukkan tepung..gaul sebati pastu masukkan susu dan dikacau sampai pekat .
Masukkan keju tu tadi..kacau sampai keju tu cair...pastu masukkan sour cream kacau sebati dan siap..

Bagi pekat2 ckit bru mengancam......hah....setel....
selamat mencuba ya,.... 

Novel - Laila Majnun........x syok la kalau aku sowg ja yang layan cita ni.....jom ar join skaki....jom ar....jom ar.....

Time tu aku boring tak tau nk buat apa......aku pn cari la benda nk buat........
at last aku jumpa sesuatu .....dan kali ni aku nk share ngan korang.......jom....jom ar....
kita baca sama2 ya.......bila aku layan kisah ni ......aku selalu pk pasal org perempuan yang kasar........suke tengok dieorg ni......ppuan tapi ada gaya macam lelaki........kadang2 tercabar jgak ble tengok dieorg ni dressin kalah lelaki......
'INGATLAH.....SEKASAR-KASAR MANA PN SESEORANG PEREMPUAN TU, DIA TETAP PEREMPUAN....PUNYAI KELEMBUTAN DAN KESOPANAN......'

papepun.........LAYAN.......!!!


LAILA MAJNUN {CHAPTER 1}
“Astagfirullah hal azim!” Mak Munah mengurut dadanya beberapa kali. “Apalah nak jadi dengan kau ni Laila! Turun cepat! Mak kata turun, turun sekarang!” Mak Munah menjerit lagi. Hampir-hampir penyakit lemah jantungnya menyerang kembali tatkala melihat Laila yang terkial-kial memanjat pokok jambu air.


Laila sekadar tersengeh. Jambu air yang masak ranum itu dikendung di dalam bajunya. “Laila bukannya budak-budak lagi yang boleh panjat pokok sana sini. Laila dah 23 tahun. Dah boleh jadi isteri orang! Apa kata jiran-jiran kalau mereka nampak Laila bergayut-gayut memanjat pokok macam ni” Syarahan Mak Munah mula kedengaran tatkala Laila menjejakkan kakinya ke tanah.


“Laaaaaa… Mak ni, apa salahnya Laila panjat pokok tu. Habis tu siapa lagi yang nak panjat pokok ni? Tak kanlah Laila nak suruh mak pulak…” Berderai tawa dihujung bibirnya. Mak Munan mengeleng-ngelengkan kepalanya. “Tak makan saman!” Gerutu hati tuanya.


Inilah masalahnya kalau mempunyai seorang sahaja anak perempuan. Habis semua perangainya mengikut seperti abang-abangnya. Lasaknya mengalahkan orang lelaki. Mujur juga dia seorang yang suka berambut panjang, masih kelihatan jugalah gaya seorang perempuan dalam dirinya. Mak Munah mengeluh sendirin tatkala memikirkannya.


“Apa? Jadi driver? Dah tak ada kerja lain lagi ke kat Malaysia ni? “ Jeritan Mak Munah kedengaran lagi. Aduh! Semput dia dibuatnya. “Apahalnya ni? Dari tadi asyik bising-bising” Lebai Samat yang baru selesai menunaikan solat Zohor, tiba-tiba bersuara.


“Awak tengoklah perangai anak dara awak yang sorang ni. Pening saya di buatnya. Sekarang dah kerja driver lori pulak dah!” Bebelan Mak Munah makin membingitkan telinga. “Bukan driver lori lah mak! Driver kereta untuk seorang Dato’ kat KL. Mak ni, pandai-pandai je tambah cerita” Laila cepat-cepat menyampuk. Bimbang kalau ayahnya juga naik angin. Kalau mereka berdua sama-sama berduet memarahinya, mahunya pecah gegendang telinganya.


“Driver Dato’ ke, driver lori ke, apa pun mak tak setuju. Lebih baik berhenti saja kerja, duduk dengan mak kat kampung” Mak Munah masih belum berpuas hati. Sakit di hatinya makin bertambah-tambah bila melihat suaminya yang langsung tidak menunjuk sebarang reaksi. “Biarkan lah dia. Kerja tu tetap halal. Yang awak asyik marah-marah ni kenapanya?” Seyuman lebar terukir di bibirnya tatkala mendengar kata-kata ayah yang seolah-olah menyokong tindakannya.


“Masalahnya, anak awak ni anak dara. Tak elok anak dara macam si Laila ni kerja jadi driver. Lepas tu bawa orang lelaki pulak. Bukan ke tak manis kalau orang nampak. Nanti kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Esok jangan nak bising-bising dengan saya bila anak dara awak ni jadi apa-apa” Macam bertih jagung tutur kata yang keluar dari bibir Mak Munah.


Lebai Samat sekadar mendiamkan dirinya. Faham benar dia dengan perangai isterinya, jangan di jawab marahnya, nanti makin menjadi-jadi pula leterannya.


"Mak jangan cerita kat mafia-mafia tu ye..." Liuk lentok Laila bersuara cuba mengambil hati ibunya. "Mafia-mafia? Mafia mana pulak ni? " Mak Munah mengerutkan keningnya. Hairan! "Alah mak ni buat tak faham pulak! Mak janganlah cerita pasal ni kat abang-abang Laila tu ye..." Mak Munah yang baru seteguk meneguk air kopi, tersedak. Habis tersembur semuanya. Mujurlah dia sempat mengelak. "Budak sorang ni, macam-macam gelaran yang kau bagi kat abang-abang kau ye!" Ujar Mak Munah tersekat-sekat menahan rasa perit di tekaknya.


Bunyi deringan telefon bimbitnya sekadar di pandang sepi. Sengaja dia tidak mahu menjawab. Malah sms yang diterimanya juga, tidak dibacanya. Pasti dari abang-abangnya yang empat orang tu. "Mak ni memang tak boleh nak simpan rahsia langsung!" Gerutunya geram. Puaslah pula dia hendak menjawab dengan mereka semua.


Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Laila merenung nombor telefon yang tertera di skrin telefonnya. Bukan nombor telefon abangnya. "Hello!" Laila cepat-cepat menjawab. "Hah! Baru sekarang nak jawab? Dah banyak kali abang long call, sekarang baru nak jawab?" Laila menepuk dahinya beberapa kali tatkala mendengar suara keras Ilham di hujung talian. "Alamak! Kantoi!" Dahinya ditepuk lagi. "Bukannya tak nak angkat abang long, tapi tadi Laila dalam toilet. Tengah menunaikan hajat, tak kan masa tu Laila nak jawab pulak" Hanya itu alasan yang dia dapat berikan. Lantaklah! Boleh terima atau tidak alasan itu, dia tidak mahu ambil peduli. Yang penting jangan dia dimarahi.


"Ye lah tu! Banyaklah Laila punya alasan ye! Hah, sekarang ceritakan dengan abang long apa yang dah berlaku?" berkerut-kerut dahinya mendengar soalan Ilham. "Apa pulak yang dah berlaku?" Dia kembali menyoal. "Malam tadi mak call abang long sampai menangis-nangis cerita pasal Laila. Kenapa dengan Laila ni? Kan masih banyak lagi kerja lain yang Laila boleh cari" Mendatar suara Ilham kedengaran di cuping telinganya.


"Ish mak ni, pandai je dia menagih simpati mafia-mafia tu!" Gerutunya geram. Bibirnya digigit beberapa kali. "Errr...abang long, Laila tengah kerja ni. Nanti Laila call balik ye!" Talian telefonnya segera dimatikan. Tidak mahu dia bercerita panjang-panjang. Keputusannya sudah muktamad!


"Jauh menung tu!" Laila tersentak. Kelibat Dato' Fuad yang tiba-tiba berdiri di depannya agak memeranjatkan. Laila kelam kabut berdiri memberi tunduk hormat ke arah Dato' Fuad. "Maafkan saya Dato'. Saya tak perasan Dato' datang tadi" Laila serba salah. Dato' Fuad sekadar ketawa kecil.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 2}
"Kemana kita nak pergi ni Dato' ?" Laila sedikit hairan. Kebiasaannya sebelum Dato' Fuad memasuki kereta, pasti arahannya akan dikeluarkan dahulu mengarah Laila ke sesuatu tempat. Kali ini tidak pulak!


"Balik!" Pendek sahaja jawapan yang diberikannya. Laila mengerutkan keningnya beberapa kali. "Apa kena dengan Dato' ni? Sakit ke?" Hatinya berbisik perlahan. Selalunya, selagi jam belum menjengah ke pukul 8 malam dia pasti masih termanggu-manggu di sisi kereta Honda Accord ini, menanti Dato' Fuad yang leka dengan kerja-kerjanya. Tetapi kali ini tidak pula. Baru pukul 12 tengah hari, dah nak balik?


"Awal Dato' balik hari ni? Dato' sakit ke? " Soal Laila. Sudah menjadi perangainya sejak dulu. Selagi dia tidak berpuas hati, selagi itulah dia akan mendapatkan jawapannya. Dato' Fuad menguntum senyum. Lembut! Gadis berambut ikal dan sentiasa bertocang ini, di renung dengan senyuman yang masih terukit di bibir.


Sebenarnya, dia sendiri agak janggal mempunyai seorang driver yang bukan lelaki. Kekok juga
dia dibuatnya pertama kali menaiki kereta yang dipandu oleh Laila. Namun ternyata gadis lincah
dan lasak ini memang mahir dengan kerjanya. Sikapnya yang peramah dan lucu, ternyata begitu
menyenangkan. Dan apa yang pasti kehadiran Laila sekurang-kurangnya dapat menghilangkan
rasa rindunya terhadap arwah Fazuana, anak gadisnya yang meninggal akibat kemalangan
jalan raya 6 tahun yang lalu. Kalau dia masih hidup, rasanya tentu dia juga sebaya Laila.


"Dato;…Dato'…Dengar tak apa yang saya tanya tadi?" Laila menyoal lagi. Pelik dia bila Dato' Fuad
hanya mendiamkan dirinya. "Oh, maafkan saya. Saya sihat Cuma hari ni perlu pulang awal. Ada
sedikit majlis yang akan di adakan di rumah saya malam ni. Laila pun jemput datang sekali malam
ni" Ujar Dato' Fuad panjang lebar. Laila menoleh ke belakang memandang Dato' Fuad. "Majlis?
Majlis apa pulak Dato' ?" Dato' Fuad tersengeh melihat reaksi Laila. Gadis ini memang tidak
pernah kenal erti mengalah.


"Anak saya Fiqri yang menetap di London akan balik hari ni. Hampir 10 tahun dia di sana. Akhirnya
pulang juga dia. Err….Lepas Laila hantar saya nanti Laila terus ke airport jemput Fiqri. Flight dia
pukul 1.30 petang" Laila mengetap bibirnya beberapa kali mendengar kata-kata Dato' Fuad.


"Tapi saya tak kenal dengan anak Dato' tu. Kalau Dato' tak ikut sekali, macam mana saya nak
kenal dia?" Dia sedikit kurang senang mendengar arahan Dato' Fuad sebentar tadi.
"Pasal tu Laila jangan risau. Saya dah buatkan sepanduk nama Fiqri. Nanti Laila Cuma perlu angkat
sepanduk tu tinggi-tinggi. Tahulah si Fiqri tu nak mencarinya nanti" Wajah Laila mula berkerut-
kerut. "Adoilah! Tak kan nak kena pegang sepanduk kot? Nanti orang ingat aku tengah mogok
pulak! Ish…Hampeh betul orang tua ni. Nasib baiklah kau tu boss aku, kalau tidak dah lama dah.."
Gerutunya di dalam hati. Geram!


Kereta Honda Accord berwarna hitam berkilat itu membelok memasuki ke perkarangan banglo
dua tingakat yang tersergam indah di puncak bukit. Dari jauh sudah kelihatan tubuh gempal
Datin Maimon di halaman banglo. Laila sedikit cuak bila senyuman yang dihulurkan tidak
diendahkan oleh Datin Maimon, malah mukanya semakin masam mencuka. Masa dia mula-mula
bekerja dulu, Datin Maimon lah yang beria-ria membantah. Macam-macam kata yang dihemburkan.
Tapi mujurlah Dato' Fuad seorang yang baik hati, langsung tidak diendahkan kerenah isterinya


Laila sedikit resah. Orang ramai dan bunyi hinggar binggar di balai ketibaan agak menyesakkannya. Sepanduk yang diberi oleh Dato' Fuad sebentar tadi, disorokkan dibelakang tubuhnya. Mana mungkin dia akan buat semua kerja bodoh tu! Di perhatinya setiap orang yang tiba. Cuba mencari jejaka yang mempunya wajah yang agak seiras dengan wajah Dato' Fuad atau Datin Maimon. Like father like son!


Puas sudah dia menjenguk ke sana ke sini. Di garunya beberapa kali kepalanya yang tidak gatal. Laila tersentak bila bahunya tiba-tiba dicuit dari belakang. Dia melompat ke depan. Nyaris-nyaris bunga silat cekak hendak dibukanya.


"Kenapalah nama saya yang cantik ni awak sorokkan dekat belakang? Mujur juga mata saya ni ada special sikit, boleh nampak benda-benda yang tersorok" Seorang lelaki bertubuh tegap tinggi lampai menguntum senyum ke arahnya. Laila merenung lama-lama wajah lelaki itu. "Encik Fiqri ke?" Soalnya setelah lama terdiam. Fiqri sekadar menganguk.


'Nasib baik saya jumpa jugak dengan Encik Fiqri. Dah puas saya melilau tadi" Ujar Laila lega. Dadanya di urut beberapa kali. "Itulah, sepatutnya sepanduk tu awak kena angkat tinggi-tinggi. Barulah senang saya nak cari." Wajah Laila yang tadi tersenyum manis, mendadak berubah. Panas terasa telinganya mendengar sindiran Fiqri.


Tanpa banyak soal, beg pakaian Fiqri di angkatnya menuju ke kereta. "Eh? Larat ke awak nak angkat ni? " Soal Fiqri hairan. Risau melihat keadaan Laila yang terhincut-hincut mengangkat beg pakaiannya. "Tak apa! Saya dah biasa dengan kerja-keja ni!" Keras jawapan Laila.


"Eh? Kenapa Encik Fiqri duduk dekat depan? Duduk dekat belakanglah!" Laila agak terkejut bila melihat Fiqri tiba-tiba duduk di sebelahnya. "Tak mengapalah. Saya tak biasalah naik kereta orang perempuan yang bawa" Laila mengetap bibirnya. Geram


"Apa nama awak?" Soal Fiqri memecahkan kebisuan antara mereka berdua. "Laila !" Balas Laila pendek. Malas nak melayan kerenah lelaki di sebelahnya. "Oooo...Laila. Saya Majnun!" Balas Fiqri dengan deraian ketawanya. "Lawaklah konon! Dia ni memang nak kena!" Gerutu Laila geram. Sakit hati!. Wajahnya yang memang masam kian bertambah-tambah jadinya. Masam mencuka!

LAILA MAJNUN {CHAPTER 3}
Cuaca yang agak panas terik di ibu kota metropolitan Kuala Lumpur begitu membahang rasanya. Biarpun air-cond telah di buka ke tahap yang maksima, namun tubuhnya masih terasa berbahang. Laila mengipas-ngipas badannya beberapa kali.


Fiqri yang duduk di sebelahnya sekadar menjeling. "10 tahun saya tak balik, dah banyak yang berubahkan?" Soalan Fiqri memecah kebisuan di antara mereka berdua. Laila masih membisu. Matanya tegak memandang jalan yang penuh dengan deretan kereta. Sesekali hon kereta yang tiba-tiba berbunyi memekikikkan telinganya.


"Saya nak singgah cheras sekejap. Jangan balik dulu" Arahan Fiqri itu disambut dengan matanya yang sedikit terbeliak. "Apa? Singgah cheras? Eh? Mana boleh Encik Fiqri. Dato' dengan Datin tengah menunggu tu. Lagipun malam ni ada sedikit majlis untuk Encik Fiqri. Saya rasa lebih baik kita terus balik je!" Suara Laila sedikit keras. Dia bukannya apa, bimbang kalau-kalau nanti dia pula yang disalahkan jika tidak membawa Fiqri balik dengan cepat. Datin Maimon bukannya boleh berkompromi.


Fiqri tergelak kecil melihat reaksi spontan Laila. Wajahnya begitu lucu namun tampak begitu comel. Rambutnya yang panjang & bertocang tampak begitu lembut terbuai-buai mengikut gerak badannya. "Comel, tapi sayang orangnya terlalu lasak dan kasar." Fiqri berbisik perlahan.


"Saya peduli apa semua tu! Saya ni anak boss awak so kiranya saya ni macam boss awak jugalah. So arahan saya awak kena ikut!" Laila tersentak. Arahan keras yang keluar dari mulut Fiqri benar-benar menyesakkannya. "Mana satu aku nak ikut ni? Susah betul kalau semua nak jadi boss ni!" Laila mendengus perlahan

LAILA MAJNUN {CHAPTER 4}
Mata Laila liar memerhati sekeliling. Dia macam pernah datang sahaja ke sini. Di renungnya deretan kilang yang tersusun di kiri & kanan jalan. “Berhentikan kereta dekat sini” Kata-kata Fiqri itu mematikan tingkah Laila yang asyik merenung deretan kilang-kilang di di sisinya. “En. Fiqri nak jumpa siapa?” Soalnya ingin tahu. “Kawan lama saya” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan.


Dadanya yang sejak tadi dilanda debar, makin menjadi-jadi debarannya. “Tak mungkin!” Hampir sahaja dia terjerit bila melihat kelibat abang ngahnya yang berpeluk-pelukkan dengan Fiqri. “Adoi! Matilah aku kalau abang ngah tahu aku jadi driver pada kawan dia. Habislah!” Laila bersuara resah. Dia melorot badannya ke bawah, bimbang jika kelibatnya dapat dikesan!


Sejam berlalu, wajahnya berkerut-kerut menahan rasa sakit dikaki. “Amboi lamanya! Meeting ke apa ni? Lama kan main!” Gerutunya sendirian. Lenguh-lenguh badannya akibat terperosok di hujung tempat duduk pemandu. Telefon bimbitnya yang tiba-tiba berbunyi, cepat-cepat dicapainya. “Habislah aku!” Desisnya perlahan bila melihat nombor telefon Datin Maimon tertera di skrin telefonnya. “Hello Datin! Laila bercakap” Dia bersuara sopan. “Hoi! Dah pukul berapa sekarang ni? Masih belum sampai-sampai lagi? Semua tetamu dah datang tau tak!” Laila memicit-micit telinganya beberapa kali. Jerkahan kuat suara Datin Maimon begitu menyakitkan telinganya. “Huh! Tak padan dengan tua!” Laila membebel geram. “Errr…Sekejap lagi saya sampai Datin. En. Fiqri tengah berjumpa dengan kawan dia” Laila berusaha mengawal suaranya. Kalau diikutkan hatinya, memang dah lama orang tua ini disumpah seranahnya.


“Berjumpa kawan? Siapa? Bagi telefon ni pada Fiq. Saya nak bercakap dengan dia!” Keras suara Datin Maimon dihujung talian. Laila mengerutkan keningnya beberapa kali. “Tapi Datin, En. Fiqri kat dalam office kawan dia. Dia dah pesan kat saya jangan ganggu dia. Tak apalah Datin, saya janji ½ jam lagi saya mesti sampai kat rumah Datin” Laila cuba berdalih. Nak cari nahas? Tak mungkin dia akan pergi ke sana. Seolah-olah menyerah dirinya ke mulut naga. Kalau abang ngahnya tahu, sure abang longnya juga akan tahu dan semestinya berita ini akan sampai ke telinga emak di kampung. Dan kalau emak dah tahu, faham-faham sahajalah kesudahannya.


“Baiklah! Dalam masa ½ jam mesti sampai dekat rumah. Kalau tidak, saya sendiri akan ke sana!” Amaran keras Datin Maimon disambut kelat! “Mentang-mentanglah orang kaya! Dibuatnya kita ni cam hamba dia pulak” Laila membebel geram. Sakit benar hatinya dengan Datin Maimon. “Yang hantu sorang ni pun satu hal. Dia punya pasal aku pulak yang kena marah” Bebelannya masih belum tamat rupanya. Dijenguk kepalanya ke luar tingkap mencari kelibat Fiqri yang tiba-tiba hilang. Diperhatinya sekeliling dengan perasaan resah “ Laaa.. Mana pulak perginya. Hish! Dah lambat dah ni. Kang mengamuk lagi Si Datin tu”


Laila tiba-tiba tersentak bila tocang rambutnya ditarik dari belakang. “Apa ni En. Fiqri? Tarik-tarik rambut saya pulak! Mak saya pun tak pernah tarik rambut saya tahu tak!” Jerkah Laila geram. Perit! Digosok-gosok kepalanya yang terasa sakit. Fiqri mengekek-ngekek ketawa. “Sebab mak awak tak pernah tariklah, saya tarik.” Ujar Fiqri. Ketawanya pecah lagi. “Sewel agaknya budak ni!” Dengus Laila perlahan. Kereta Honda Accord dipecutnya agak laju tanpa menghiraukan tawa Fiqri yang masih bersisa


Ramai benar tetamu yang hadir. Semuanya orang-orang kenamaan. Macam-macam gaya dan fesyen diperagakan. “Macam pertunjukkan fesyen pulak!” Laila berbisik sendirian sambil tersengeh. “Eh? Laila, dah nak balik ke? Makanlah dulu” Laila yang baru hendak melangkah tiba-tiba terhenti. Dato’ Fuad menguntum senyum memandangnya. “Tak apalah Dato’. Macam tak sesuai je saya kat majlis ni. Lagi pun pakaian saya ni macam tak kena gaya je!” Ujar Laila sambil ketawa kecil.


“Kenapa pulak tak sesuai? Tak kisahlah pakai pakaian apa sekalipun, majlis ni bukannya majlis rasmi. Nak pakai apa pun boleh.” Laila mula serba salah. Hendak ditolak kesian pula dengan Dato’ Fuad tetapi dia memang tidak suka dengan majlis-majlis yang macam ni. Lagipun tetamu yang hadir dekat sini memandangnya seolah-olah dia ni macam alien pulak! Mungkin sebab style dia agaknya!


Datin Maimon bukan main lagi melaram. Baju kurungnya berkelip-kelip dipanahi sinaran lampu. Kelihatan seorang gadis cantik di sisinya. Ayu berbaju kebaya songket dengan rambut terurai lembut. “Assalamualaikum semua! Ada sedikit pengumuman yang saya nak buat malam ni!” Suara Datin Maimon yang bergema itu mematikan tingkah semua tetamu. Masing-masing mata mengarah ke arah Datin Maimon yang tersenyum-senyum disisi Dato’ Fuad.


Laila yang kebetulan berdiri di belakang Fiqri menjadi serba salah, kerana secara tidak langsung semua mata mengarah kepadanya. “Kenapalah aku memandai-mandai makan kat sini! Kalau aku tahu tadi lebih baik aku makan kat luar je!” Gerutunya perlahan. “Saya dengan berbesar hati mengumumkan pertunangan anak saya Fiqri dengan Salina anak Datin Zaleha” Ujar Datin Maimon penuh bangga. Tetamu yang hadir, masing-masing bertepuk tangan. Gadis ayu bernama Salina itu mula tersenyum malu bila mendapat ucapan tahniah para tetamu.


Fiqri tersentak! Mana mungkin dia bertunang dengan Salina. Dia sudah mempunyai pilihan hati. Dan jika tidak kerana pilihan hatinya itu, mana mungkin dia akan kembali semula ke Malaysia. Kepalanya mula berlegar-legar mencari jalan. “Minta maaf semua!” Fiqri tiba-tiba bersuara memecah kebisingan di antara tetamu. “Saya nak buat sedikit pembetulan. Mama saya tersilap sebenarnya. Bakal tunang saya bukannya Salina tapi Laila” Ujar Fiqri kuat sambil menarik Laila berdiri disisinya.


Masing-masing terlopong memandang ke arah Fiqri dan Laila. Dato’ Fuad dan Datin Maimon berpandangan sesama sendiri. Mata Laila terbeliak memandang Fiqri yang tersenyum selamba. Daging sate yang dimakannya bagaikan tersangkut dikerongkong. “Mama, papa dan semua yang hadir, saya dan Laila dah lama bercinta. Hampir 5 tahun. Kami bercinta melalui internet dan saya tidak sangka akhirnya akan dapat menemui kekasih hati saya pada hari ni. Betulkan Laila?” Ujar Fiqri sambil merenung lembut ke arahnya. Cengkaman kuat tangan Fiqri di lengannya, memaksa Laila menganggukkan kepalanya, mengiakan kata-kata Fiqri. “Dah 5 tahun bercinta? Ish! Biar benar hantu ni! Aku sekolah lagi masa tu.” Desisnya bingung.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 5}
Mata Datin Maimon sudah bengkak. Namun tanda-tanda tangisannya akan reda masih belum kelihatan. Laila hanya tercegat di tepi sudut, terkulat-kulat memerhati tingkah 3 beranak itu. Hati Datin Maimon benar-benar hancur. Malu dan kecewa diperlakukan begitu di kalayak ramai. Dan hatinya benar-benar tersentuh bila orang yang menjatuhkan maruahnya adalah anak kandungnya sendiri.


“Sampai hati Fiq sanggup buat mama macam ni….” Datin Maimon bersuara lirih. Pedih! “Kalau memang betul Fiq tak suka Salina sekalipun, janganlah buat macam ni. Kenapa Laila yang Fiq pilih? Mana Mama nak letak muka ni? “ Suaranya bergetar menahan sebak. Fiqri melepaskan sebuah keluhan. Berat! Dia bukan sengaja! Dia juga tak ingin memalukan mama dan papanya sebegini. Dia terdesak! Terdesak dengan desakan mama sendiri.


“Fiq memang benar-benar sukakan Laila? Kalau dah itu keputusan Fiq, papa ikut sahaja. Tak ada salahnya Laila menjadi menantu keluarga ni.” Dato’ Fuad yang sejak tadi hanya mendiamkan diri, tiba-tiba bersuara.


Laila tersentak! Menelan air liurnya banyak kali. Kelat! “Apa semua ni? Kenapa aku pulak yang jadi mangsa!” Hatinya seakan menjerit.


“Tidak!” Datin Maimon menjerit kuat. “Mama tak mungkin menerima Laila sebagai menantu. Fiq boleh pilih orang lain tapi tidak dengan Laila. Semua kawan-kawan mama dah tahu Laila ni adalah driver pada papa Fiq. Tak mungkin seorang driver menjadi isteri kepada anak seorang Dato’” Begitu keras suara Datin Maimon kedengaran.


Matanya tajam merenung Laila. Kalaulah Laila tu boleh dimakan, memang sudah lama dia telan. Telan hidup-hidup. Biar segala kekalutan ini terlerai.


“Mai bawa mengucap banyak-banyak” Dato’ Fuad bersuara lembut. Belakang Datin Maimon diusap lembut dan mesra. “Kalau dah itu pilihan Fiq, kita terima sajalah. Lagi pun yang nak berkahwin bukannya kita tapi Fiq. Dia yang akan menempuh alam hidup berumah tangga. Biarkanlah” Kata-kata lembut Dato’ Fuad masih gagal meredakan tangisan Datin Maimon.


Fiqri meraup wajahnya beberapa kali. Menarik nafasnya dalam-dalam cuba menghilang rasa resah di hatinya. “Mama….Fiq sayangkan mama. Fiq tak bermaksud nak memalukan mama” Fiqri bersuara perlahan. Tubuh gempal Datin Maimon dipeluknya. Lembut! Penuh kasih sayang.


Tersentuh dengan perlakuan Fiqri, tangisan Datin Maimon mulai reda. Ditatapnya wajah Fiqri dalam-dalam. “Baiklah! Mama setuju dengan pilihan Fiq, tetapi dengan syarat…..Laila jangan bekerja sebagai driver lagi. Cari kerja lain yang sesuai untuk seorang wanita dan tolonglah berpakaian lebih feminine” Dato’ Fuad dan Fiqri tersenyum sesama sendiri mendengar kata-kata Datin Maimon. Lega bila hati kerasnya itu lembut juga akhirnya.


Namun ada seseorang yang berwajah kelat di suatu sudut. Laila! “Saya rasa lebih baik saya terangkan hal yang sebenarnya….” Belum pun sempat Laila menghabiskan kata-kata, lengannya dicengkam kuat oleh Fiqri. “Err..Sebenarnya kami berdua merancang nak mempercepatkan tarikh pertunangan ni. Apa kata hari ahad minggu depan Fiq hantar rombongan meminang. Bolehkan Laila?” Ujar Fiqri lembut sambil ekor matanya merenung tajam ke arah Laila.


Dato’ Fuad menguntum senyum. “Ahad minggu depan? Emmm…Ok jugak tu.” Laila kian dihimpit resah. “Tapi Dato’….” Sekali lagi kata-katanya terhenti bila lengan Fiqri melengkar erat dipinggangnya. “Tapi kalau boleh nak cepat lagi. Betul tak Laila?” Fiqri cepat-cepat menghabiskan ayat Laila yang tergantung.


Bimbang betul dia. Takut kalau-kalau tembelangnya pecah. Dan lebih teruk jika mama tiba-tiba mengubah keputusan yang dibuatnya sebentar tadi. Lagi teruk!


“Ish….Apa ni En. Fiqri? Rimaslah saya!” Ujar Laila geram. Dia terkial-kial berusaha melapaskan lengan Fiqri yang masih kejap melingkar dipinggangnya. Fiqri sekadar tersengeh. Matanya memerhati sekeliling, cuba memastikan sekali lagi tiada lagi kelibat papa dan mamanya di situ. “Dah lah tu En. Fiqri! Lepaskanlah saya! Rimas betul saya macam ni!” Laila mula menjerit. Geram bila dia gagal melepaskan tangan gagah milik Fiqri di pinggangnya.


“Shhhh….Janganlah cakap kuat sangat. Nanti papa dan mama saya dengar” Fiqri bersuara seakan berbisik. “Tahu pun takut! Habis tu kenapa tak terangkan saja perkara sebenar kat diaorang tadi ? Kenapa saya yang tak tahu apa-apa ni, tiba-tiba terbabit?” Laila bersuara keras. Dia benar-benar sudah hilang sabar. Nasib baiklah dia ni perempuan, kalau dia lelaki memang dah lamalah hantu sorang ni makan penamparnya.


“Please………Laila, saya memang memerlukan pertolongan awak. Saya janji akan bagi atau buat apa saja yang awak nak.” Fiqri seakan merayu. “Tapi ini bukan perkara main-main En. Fiqri. Ini berkait tentang soal masa depan saya. Macam mana saya nak hidup dengan orang yang tak pernah kenal!” Masih kedengaran keras bait-bait kata yang dituturkan oleh Laila.


“Laila, kita Cuma bertunang saja dan belum tentu akan berkahwin” Laila terdiam seketika mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fiqri. “Habis tu bertunang main-main lah ni? Macam mana saya nak cakap dengan keluarga saya? En. Fiqri hanya mementingkan diri sendiri saja, langsung tak fikirkan keadaan orang lain!” Api kemarahannya sudah menjalar hingga ke kepala. Tunggu masa sahaja hantu sorang ni nak disumpah seranahnya.


Fiqri terdiam. Dia faham tindakannya memang salah. Namun dia tidak punyai banyak pilihan. Dan sungguh! Dia memang rasa bersalah terhadap Laila. “Maafkan saya…Saya terpaksa….” Sayu kedengaran suara Fiqri dicuping telinganya. “Saya menyintai Sofia, gadis Malaysia yang saya kenali semasa di London. 5 tahun menyulam cinta dengannya, hubungan kami memang tak dapat dipisahkan lagi. Tapi sejak sebulan yang lepas dia terus menyepi bila kembali ke Malaysia. Jiwa saya benar-benat tertekan.” Kata-kata Fiqri terhenti. Nafasnya di tarik keras. “Jika saya bertunang dengan Salina, tentu sukar untuk saya memutuskan pertunangan ini bila Sofia sudah saya temui. Salina anak kawan mama, dan jika pertunangan ini putus, mama akan lebih malu. Tapi jika saya bertunang dengan Laila, pertunangan yang terputus nanti tidak memberi kesan yang begitu besar terhadap mama. Saya tahu, saya begitu mementingkan diri sendiri tapi percayalah, saya tidak punya banyak pilihan” Laila mengetap bibirnya geram.


“Habis tu, saya ni nak awak jadikan mangsalah! Banyak cantik! Jangan harap saya akan terima pinangan awak!” Hatinya benar-benar panas. Tiada lagi berencik-encik.


Laila mula bergerak ingin melangkah pergi. Hatinya akan bertambah-tambah panas kalau berterusan melayan kerenah hantu sorang ni. Namun langkahnya mati bila tubuhnya tiba-tiba dipeluk erat dari belakang. Dia benar-benar kaget!


“Please Laila! I do everything you want, as long you be my fiancĂ©e” Fiqri masih belum berputus asa. “Adoilah! Apa sajalah mamat sekor ni!” Gerutunya di dalam hati.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 6}
Laila mengetap bibirnya menahan geram. Pedih benar telinganya disindir sedemikian rupa. Mukanya juga sudah merona merah bila sepanjang hari menjadi bahan ketawa abang-abangnya. “Huh! Mentang-mentanglah aku sorang je perempuan., korang buli aku ye! Tak pe, tak pe, ada ubi ada batas” Gerutunya di dalam hati. Geram!


“Tak sangka betul adik abang ngah yang sorang ni dah nak bertunang. Ada juga orang yang berkenan yek? Member abang ngah pulak tu ! Jejaka paling top masa abang ngah kat U dulu.” Ujar Imran dengan tawanya yang masih bersisa. “Dah 5 tahun Laila bercinta dengan Fiqri ye? Masa tu Laila masih sekolahkan? Humm…Patutlah SPM Cuma dapat pangkat 2, rupa-rupanya time tu dok angau bercintalah ya!” Kepala Laila ditunjalnya beberapa kali.


Laila yang sejak tadi sudah mendidih api kemarahannya, melompat bangun. Sebuah tendengan hinggap dirusuk kiri Imran. “Hah! Buat lagi dengan Laila. Dah lupa ke Laila ni pemegang tali pinggang hitam silat cekak tahu tak!” Jerkahnya kuat. Namun sakit di hatinya kian bertambah-tambah bila melihat ketawa Imran semakin galak kedengaran.


“Astagfirullah hal azim! Apa hal ni Laila” Bulat mata Mak Munah merenung anak daranya yang seorang ni. “Cubalah jaga sikit perangai tu. Laila dah nak jadi bakal isteri orang tahu tak? Jangan buat malu mak pulak kat bakal besan tu” Laila menekup telinganya kuat-kuat. Tidak mahu mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir ibunya.


“Tak payah risau lagilah mak. Dah laku pun anak dara mak sorang ni” Imtihan, abang ketiganya yang sejak tadi sekadar tersengeh tiba-tiba bersuara. “Mak bukannya apa An, bimbang dengan budak sorang ni. Manalah tahu, dah elok-elok orang nak datang meminang, alih-alih tak jadi pulak bila tengok perangai si Laila ni” Mak Munah bersuara bimbang.


“Mak ni…Fikirkan yang bukan-bukan je. Insya-Allah majlis ni akan berlansung dengan selamat” Ujar isteri Ilham, Nadia dengan lembut. “Kak long sorang je yang faham dengan Laila” Laila merengek manja sambil memeluk lengan Nadia.


“Masak nasi pun masih tak pandai. Macam mana lah nak jadi isteri orang” Imran masih belum puas mengusik Laila. Dia sendiri sebenarnya tidak menyangka adik kesayangannya ini akan bertunang. Dengan kawan baik dia sendiri pulak tu!


Laila bingkas bangun. Cepat-cepat masuk ke dalam biliknya. Berdegum bunyi pintu bilik dihempasnya. Biarkan! Biar rumah ini runtuh. Sakit betul hatinya.


Dia merenung wajahnya di cermin. Diperhatinya lama-lama. “Betul ke tindakkan aku ni?” Dia kembali tertanya-tanya. Dia sendiri pun tidak faham kenapa tiba-tiba lembut hatinya menyetujui permintaan Fiqri. Suka kah dia pada lelaki bertubuh tegap itu? Mustahil! Mustahil dia begitu cepat menyukai lelaki itu. Ini Laila! Wanita lasak yang behati batu. Kental hatinya tak mungkin mudah dia menyukai seseorang. “Tapi….dia memang handsome giler. Hehehe…” Dia tiba-tiba tertawa sendirian. Tersengeh macam orang yang sedang mabuk kepayang.



“Mak nak buat apa dengan tudung ni?” Soal Laila hairan bila melihat sehelai tudung berwarna putih berenda berada di atas katil. “Nak buat apa? Nak pakai lah” Mak Munah bersuara pendek. Tangannya ligat membetulkan pakaian yang dipakai oleh Laila. “Tapi mak…Laila mana biasa pakai tudung ni. Malaslah Laila nak pakai. Rimaslah!” Dia bersuara kurang senang. “Hah! Jangan nak mengada-ngada. Dahlah tak pakai tudung, masa bertunang pun tak nak pakai. Rambut tu aurat bagi wanita tahu tak? Jangan nak bising-bising dengan mak. Cepat sikit siap. Rombongan meminang dah sampai kau dok terhegeh-hegeh lagi” Laila menarik muka masam mendengar kata-kata Mak Munah.


Suara hingar bingar itu agak menyesakkannya. Datin Maimon menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan menghadapi segala-galanya. Dijelingnya Fiqri yang duduk rapat disisinya. Anak terunanya itu nampak tenang, segak berbaju melayu putih.


“Errr…Datin nak sarung cincin kat dalam bilik atau nak suruh Laila tu keluar kat ruang tamu ni je” Mak Munah bersuara takut-takut. Maklumlah sajalah, inilah pertama kali dia bercakap dengan orang berpangkat besar dah pulak tu bakal menjadi besannya. “Rasanya, elok kita sarung cincin kat luar sajalah. Mungkin ramai orang yang nak tengok” Ujar Datin Maimon sambil tersenyum. Kelat! Mak Munah cepat-cepat menganggukkan kepalanya. Lebai Samat yang duduk tidak jauh dari situ, sekadar memerhatikan sahaja tingkah isterinya.


Hati Datin Maimon benar-benar tersentuh. Sungguh! Dia tidak menyangka dan rasanya macam dia tidak kenal dengan gadis itu. Gadis itu bukan Laila yang dia kenal. Bukan Laila yang sentiasa berseluar slack dan berkemeja atau yang selalu memakai jeans lusuh dengan kasut sportnya. Gadis yang berada di hadapannya sungguh berbeza dan terlalu berbeza.


Laila tampak begitu ayu dengan tudung putihnya yang berenda. Baju kebaya putih dengan hiasan kerawang emas disekeliling begitu cantik membaluti tubuhnya. Terserlah lekuk tubuh seorang wanita yang selalu tersembunyi di sebalik t-shirt atau kemejanya yang bersaiz besar. Laila yang duduk bersimpuh di hadapannya sungguh bersopan dan lemah lembut.


Datin Maimon mengerling memandang Fiqri yang berada disisinya. Rasa lucu pula menyelinap dihatinya tatkala melihat Fiqri yang melopong memerhati Laila. Puas sudah dikuis-kuisnya si Fiqri, namun ternyata Fiqri begitu asyik meneroka kecantikkan di wajah Laila. “Adoi! Apa mama ni. Cubit-cubit pulak. Sakit peha Fiq” Tersangkut-sangkut suara Fiqri cuba mengawal agar suaranya tidak didengari oleh orang lain. Wajahnya sedikit berkerut menahan perit di pehanya.


Fiqri cepat-cepat mengalih pandangannya ke luar tingkap tatkala matanya bertemu pandang dengan Laila. Bukannya dia tidak tahan dengan renungan tajam mata Laila, tapi dia takut untuk melihat senyuman manis yang terukir di bibir merah milik Laila. Lekukkan indah lesung pipit di pipi kirinya begitu mengasyikkan untuk di pandang. Hatinya tiba-tiba bergetar. Dia takut! Takut jika nama Sofia yang terpahat kejap di hatinya tiba-tiba luntur. Macam pencuci Clorox yang dapat menghilangkan segala kekotoran. Errrr…Macam mana kalau Laila ni seperti Clorox, yang mampu memadamkan segala-galanya termasuk Sofia. Aduhai! Janganlah!


Matanya kembali memandang Laila. Degup jantungnya kian deras kelihatan tatkala melihat mamanya menyarung cincin belah rotan ke jari manis milik Laila. Sudah sah! Sudah sah Laila menjadi tunangnya. “Aku ni sengaja bermain dengan api ke?” Dia tertanya sendirian. Alahai! Cepatlah tamat majlis ini. Dia ingin pulang cepat. Tidak mahu lama-lama di sini. Bimbang! Takut jika gagal membuang wajah Laila dari kotak fikirannya tatkala pulang nanti.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 7}
Fiqri merenung keluar tingkap. Kelihatan samar-samar puncak menara kembar KLCC yang tersergam megah. “Where are you Sofia? I’m really miss you…” Fiqri merintih perlahan. Nafasnya dilepaskan agak kasar. Terasa begitu sesak dadanya saat itu.


Entahlah! Dia sendiri tidak tahu mengapa Sofia menyembunyikan diri darinya. Selama 5 tahun perhubungan mereka, tiada perselisihan faham yang berlaku. Mereka begitu enjoy, menikmati setiap detik bersama. Nafasnya dilepaskan lagi. Sama seperti tadi, masih keras! Kedua-dua tangannya diraup ke muka. Bungkam sendirian.


Dia tiba-tiba terkenangkan Laila. Gadis lincah itu seolah-olah mengoncang kuat pintu hatinya. Dia bimbang, dia takut jika tembok cinta yang dibinanya untuk Sofia, runtuh! Lesung pipit yang menghiasi pipi kiri Laila begitu memukau pandangannya. Terserlah indah tatkala gadis comel itu mengukir senyum. Fiqri tersenyum sendirian. Sukakah dia?


Fiqri tersentak bila intercom di mejanya berbunyi nyaring. “Tuan, Cik Laila dah sampai.” Suara lembut gadis berketurunan cina itu kedengaran di hujung talian. Fiqri terdiam seketika. Rasa janggal pula menyelinap di hatinya untuk bertemu dengan Laila. “Err…suruhlah dia masuk” Suara Fiqri kedengaran serba salah. Dia membetulkan duduknya, cuba berlagak selamba. Biarpun di hatinya berdebar hebat.


“Selamat pagi En.Fiqri. Tadi saya jumpa Dato’, dia minta saya berjumpa dengan En. Fiqri” Suara yang sudah seminggu tidak kedengaran di cuping telinganya. Fiqri tersengeh. Lucu! Bila Laila masih berencik-encik dengannya. “Awak tu dah jadi tunang saya Laila. Tak payahlah nak berencik-encik dengan saya. Panggil saja nama saya atau errrrr….nak panggil abang pun boleh juga” Fiqri bersuara nakal.


“Mengada-ngada pulak hantu sekor ni. Jangan haraplah aku nak berabang-abang dengan engkau!” Laila menjerit kuat. Begitu kuat tapi cuma mampu bergema di dalam hatinya. Laila tersenyum. Kelat! Fiqri melarikan pandangannya ke luar tingkap “Alahai….Janganlah kau tersenyum lagi. Tak boleh tahan!” Fiqri berbisik di dalam hati. Dia menarik nafasnya dalam. Cuba mengawal emosinya.


“Oklah, macam ni Laila. Memandang awak dah jadi tunang saya, tak sesuailah awak tu bekerja sebagai driver. Mulai sekarang awak jadi personal assistant untuk saya. Tugas awak menguruskan hal-hal peribadi syarikat termasuk juga hal-hal saya” Panjang lebar Fiqri berbicara. “Personal Assistant? Maksudnya nak kena mengadap komputer 24 jam, nak kena pakai cantik-cantik dan bergaya dan nak kena mengekor dia sentiasa? Adoilah! Mana boleh!” Gerutunya perlahan. “Tapi Encik..eh silap, tapi awak saya tak biasa buat benda-benda ni semua. Saya ni slow sikit kalau dengan benda-benda ni semua” Laila mula mencari alasan.

“Tak ada tapi-tapi lagi. Ini adalah arahan dan lagi satu, nama saya Fiqri bukan awak. So panggil nama saya” Laila mengetap bibirnya menahan geram. “Awak tu panggil saya awak boleh pulak. Tapi saya tak boleh! Kalau macam ni punya seksa saya tak kerja kat sini pun tak apa!” Bentak Laila geram. Dia sudah tidak boleh sabar lagi. Hantu sekor ni berlagak nak mampus! Langkahnya di atur laju menuju ke pintu. Panas betul hatinya. Kalau dia lebih lama di sini takut pulak perang dunia ke-3 meletus.


Fiqri cepat-cepat berlari, menahan pintu dengan kedua tangannya. “I’m sorry Laila. Really-really sorry. Saya bergurau je tadi. Ok lah! Ikut suka hati awaklah nak panggil saya awak ke, awak-awak ke atau apa-apa saja yang awak suka.” Fiqri bersuara lembut cuba menyejukkan bara di hati Laila.


Laila masih masam mencuka. Tangan Fiqri yang menghalang pintu direntapnya dengan kasar. Namun ternyata usahanya gagal. Tangan milik Fiqri itu begitu gagah buatnya. Puas ditariknya tangan Fiqri beberapa kali tapi gagal juga. Meletus tawa di bibir Fiqri melihat telatah Laila yang terkial-kial menarik tangannya.


“Silat cekak awak tu tak akan dapat menandingi saya Laila” Fiqri berbisik lembut ke telinga Laila. Tubuh Laila dipeluknya erat, memaksa gadis kecil itu terdorong ke belakang.


“Err…maafkan saya. Maafkan saya tuan. Saya tak sengaja” May, secrectarynya yang tiba-tiba masuk, tersipu-sipu malu melihat gelagat Fiqri dan Laila. “Tak mengapa May. Emmm..Dah sediakan barang-barang yang saya minta tadi” Ujar Fiqri sambil melonggarkan pelukkannya dari tubuh Laila. “Sudah tuan. Tapi nak letak dekat mana barang-barang ni semua?” Gadis cina itu bertanya kehairanan. Pelik bila Fiqri mengarahkannya menyediakan sebuah meja.


“Letakkan kat dalam bilik saya. Meja tu untuk Laila sebagai PA saya.” Kening Laila mula berkerut-kerut mendengar kata-kata Fiqri. “Errr…Saya sebagai PA je. Tak kan nak share bilik dengan boss pulak” Laila bersuara kurang senang. Hantu sekor ni bukannya boleh percaya! “Ini arahan dari Dato’ lah Cik Laila. Kalau tak puas hati pergilah complain dengan Dato’” Ujar Fiqri sambil tertawa kecil. Laila terdiam! “Huh! Sikit-sikit guna nama Dato’. Macam lah aku takut sangat!” Bentaknya perlahan.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 8}
Sudah beratus kali jam ditangan direnungnya. Silap-silap boleh pecah dibuatnya akibat renungannya yang berkali-kali. Dia mula resah sendirian. Gelisah bagaikan cacing yang kepanasan. “Hish! Mana hantu ni? Dah nak naik berjanggut aku tunggu!” Gerutunya geram. Rasa kurang selesa dengan pakaian yang dipakainya, menambahkan lagi resah di jiwanya. Berbaju kurung dan berkasut tumit tingggi! Gila! Tak pernah di buat seumur hidupnya berpakaian begini. Tetapi….Dia pakai juga sebab hantu sekor tu!


“Laila!” Sergahan satu suara yang kuat hampir-hampir membuat badannya hilang kawalan. Dia cepat-cepat menoleh mencari arah suara yang tidak berlesen itu. Memang nak kena saman agaknya! Main sergah-sergah tidak tentu arah!


“Eh? Abang ngah. Ingatkan setan manalah yang gila menjerit nama Laila” Ujarnya dengan tawa yang dibuat-buat. “Kurang asam betul! Nasib baiklah kau tu abang ku, kalau tidak dah arwah aku kerjakan” Hatinya berbisik geram.


Imran tergelak besar mendengar kata-kata Laila. Seoarang gadis cantik yang berdiri di sisinya turut menguntum senyum. Imran membulatkan matanya. Direnung adik kesayangannya dari atas ke bawah. Tidak sangka!


“Abang ngah ingatkan bidadari manalah tadi yang dok tercegat jaga pintu ni” Meletus lagi tawa di bibir Imran. Laila mencebikkan bibirnya. Geram! “Hebat betul budak Fiqri tu. Sekejap saja dapat mengubah adik abang menjadi wanita secantik ini” Ujar Imran dengan seyuman yang tidak lekang dari bibirnya.


“Eh? Jangan salah sangka pulak! Laila pakai macam ni bukan sebab dia tapi sebab Laila sekarang dah jadi PA pada Fiqri. Tak akanlah Laila nak pakai jeans dengan t-shirt pulak!” Cepat-cepat dia menjawab. Bimbang mengundang sangkaan di hati Imran.


“ooooo….Dah jadi PA ya? Hmmmm…Hebat! Hebat! Tak sangka sungguh adik abang ngah sehebat ini. SPM pangkat 2 boleh jadi PA? Bertuah betul jadi tunang pada Fiqri ye…” Imran ketawa lagi. Sudah menjadi kebiasaannya menyakat Laila. Sehari tidak menyakat adik kesayangannya ini rasa macam tidak lengkap!


Laila sekadar memasamkan mukanya. Tak kuasa nak melayan! Leka melayan kerenah abang ngahnya, baru dia perasan ada seorang gadis cantik di sisinya. “Tak nak kenalkan ke pada Laila?” Soalnya pendek. “Oh ye! Lupa pulak abang ngah. Kenalkan ini teman abang ngah, Sofia” Ujar Imran dengan senyuman yang bermakna.


“Sofia? Ummmm…Macam nama awek Fiqri je…Tapi bukan dia seorang je nama Sofia dalam dunia ni” Dia berkata-kata di dalam hati. “Hai Laila! Apa khabar? Kakak selalu dengar pasal Laila dari Imran.” Gadis cantik itu bersuara lembut. Merdu dan lunak. Alaha! Kalau dia ni lelaki, dah lama cair ! “Laila baik kak! Tak sangka pulak abang saya ada girlfriend secantik akak” Laila bersuara sopan. Sofia tertawa kecil mendengar pujian Laila. Gadis comel ini memang pandai mengambil hati! Namun ada sesuatu yang bergelodak dalam hatinya, tatkala nama Fiqri di sebut. “Dia kah?” Sofia mula tertanya-tanya.



“Mana Fiqri?” Soal Imran pendek. Dia hairan bila melihat Laila bersendirian di sini. “Oh dia jumpa client kat dalam. Hah! Tu pun dia! Memang panjang umur betul!” Ujar Laila sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah kelibat Fiqri yang menuju ke arah mereka.


Sofia tersentak! Bagaikan tersentap tangkai jantungnya melihat kelibat orang yang dirinduinya selama ini. Sungguh! Jika tiada Imran dan Laila di sisinya, memang sudah lama dia berlari memeluk tubuh lelaki itu. Lelaki yang dia paling rindui!


Fiqri terpaku di situ. Kata-kata yang keluar dari bibir Imran langsung tidak di dengarnya. Matanya hanya terpaku pada satu arah. Ke arah Sofia! Tidak percaya orang yang di cari selama ini berada di depan mata.


“Eh? Tak kan kita nak berbual kat sini saja. Jomlah kita pergi minum” Ujar Imran bila menyedari mereka menjadi halangan bagi laluan orang ramai yang sentiasa sibuk di situ. “Jomlah! Laila pun dah lapar ni!” Cepat sahaja dia menjawab. Memang perutnya sejak tadi sudah berkeroncong. Berjam-jam menunggu Fiqri sampai kebulur dia dibuatnya.


“Errr….Tak mengapalah Im. Lain kali sajalah. Aku dah ada appointment dengan client kejap lagi. Aku pergi dululah!” Ujar Fiqri dengan cepat. Tangan Laila diraihnya berlalu pergi. Cepat! Kalau boleh dia ingin berlari tinggal tempat ini. Laila terlopong melihat tingkah Fiqri. “Client? Rasa aku lepas ni dah tak ada jumpa siapa dah! Hantu ni gelabah satu badan apahal. Pasal Sofia ke?” Laila mula berteka teki di dalam hatinya.


Kebas terasa lengannya bila genggaman erat tangan Fiqri masih kejap di tangan. “Kata nak jumpa client, tapi kita ni macam dah jauh berjalan!” Laila mula menjerit geram. Sudahlah tangannya enggan dilepaskan, di paksa pula berjalan mengikut jejak kaki Fiqri yang tidak tahu mana arah tujunya. “Ikut sajalah!” Pendek sahaja jawapannya. Sebenarnya hatinya saat itu benar-benar resah. Perasaan gembira dan kecewa bercampur aduk. Gembira bila gadis yang dia cintai sudah berada di depan mata tetapi kecewa bila Imran memperkenalkan Sofia sebagai kekasihnya!


“Saya tak nak!” Bentak Laila kuat. Fiqri terkejut bila Laila menyentap keras tangannya. “Sudahlah saya letih menunggu awak sepanjang hari. Pastu paksa saya ikut awak berjalan sejauh ni dengan kasut tumit tinggi saya ni. Saya sakit awak tahu tak! Lapar pulak tu !” Jeritnya kuat. Dia tidak peduli lagi bila banyak mata memandang memerhati gelagat mereka berdua. Dia sudah tidak boleh tahan lagi. Fiqri terdiam. Sedar atas kesilapannya namun sungguh! Hatinya benar-benar resah. Dia cuma mahu berjalan-jalan agar hilang segara perasaan itu.


“Kalau awak nak berjalan lagi, awak jalanlah sorang! Saya nak balik” Ujar Laila keras. Langkah yang mula di aturnya terhenti bila Fiqri meraih erat tangannya. “I’m sorry Laila. Ok lah kita pergi makan” Pujuk Fiqri lembut. Gadis ini, biarpun kasar, namun tingkahnya begitu menghiburkan. Sekurang-kurangnya seyuman manis berlesung pipit itu dapat mengubat resahnya.

LAILA MAJNUN {CHAPTER 9}
Fiqri resah menanti. Sms yang diterimanya sekembali dari tempat kerja, bagaikan telah lama dinanti-nanti. “Fiq, It’s me, Sofia. I rindukan U. I nak jumpa dengan U malam ni. Tunggu I di Restoran Rasa Sayang jam 8.00 malam” Bait-bait sms yang tertera di skrin telefonnya petang tadi, kembali menerjah kotak fikiran.


Air di mejanya, sudah separuh di teguk. Namun masih gagal membuang jauh resahnya. Fikirannya menerawang mencari kata-kata yang sesuai di ucapkan sebaik Sofia menjengah tiba. Apa ayat yang perlu dia lafazkan dulu? Rindu kah atau ………


Debaran dan rasa resahnya kian bertambah tatkala kelibat seorang gadis berbaju kebaya mula datang menghampirinya. Dan Fiqri benar-benat tersentak, terkejut bila Sofia terus memeluk tubuhnya erat. Dia tergamam tanpa kata. “Fiq…I rindukan U” Sofia merintih sayu. Pelukkan erat di tubuh Fiqri bagaikan enggan di lepaskan. Dan….Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhati dengan pandangan yang berkaca!


Laila melepaskan keluhan. Perlahan! Tidak tahu apakah perasaannya saat itu tatkala melihat adengan romantik di depan matanya. Gembirakah ? Kerana Fiqri sudah menemui Sofia dan secara tidak langsung pertunangan mereka dapat diputuskan dengan segera. Marah kah ? Kerana..walau apa pun Fiqri tetap tunangnya yang sah! Atau cemburukah dia kerana perasaan sayang sudah membenih di sudut hatinya!


Dia menekup kedua tangan ke mukanya. Cuba membuang jauh segala gelodak perasaan yang bermain di hatinya dan kalau boleh hendak dihilangkan adengan yang dilihatnya sebentar tadi. “Laila !” Dia tersentak bila namanya tiba-tiba dipanggil. Segera dia mendongak mencari arah suara itu. Fiqri! Keningnya sedikit berkerut. “Masa bila pulak dia berdiri dekat sini?” Dia tertanya sendirian. “Apa awak buat dekat sini?” Soal Fiqri sambil melabuhkan punggungnya di sisi Laila.


“Errr…..Ini memang tempat lepak saya” Ujar Laila sedikit perlahan. Matanya liar memandang ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Sofia. Hairan! Tak mungkin sekejap sahaja pertemuan mereka! “Apa yang awak cari ?. Macam kucing hilang anak je “ Soal Fiqri pelik bila melihat Laila yang sibuk memandang sekeliling.


“Tadi saya nampak…..” Kata-katanya terhenti bila Fiqri cepat-cepat menyampuk “Apa yang awak nampak?” Pintas Fiqri cepat. Ada perasaan risau yang menyelinap di hatinya “Janganlah dia nampak Sofia peluk aku tadi” Dia berbisik perlahan. “Hemmm…Tak ada apa-apa” Perasaan Fiqri sedikit lega tatkala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Laila.


Lama mereka berdua terdiam. Membisu melayan fikiran masing-masing. Tidak tahu mengapa, masing-masing seakan kelu untuk berbicara. “Dia kan?” Soalan pendek Laila memecah kebisuan antara mereka. “Dia ? Siapa?” Fiqri berpura-pura tidak mengerti. “Sofia” Fiqri terdiam. Tidak tahu dari mana hendak dia mulakan. “Saya pun tak sangka dapat berjumpa dengan dia.” Fiqri bersuara perlahan. “Awak patut berterus terang dengan abang saya. Kalau tidak nanti awak sendiri yang akan terlepas” Ujar Laila cuba memberi nasihat buat Fiqri. Entahlah! Dia sendiri tertanya-tanya benarkah tindakannya.
“Entahlah Laila…Saya pun tak tahu apa yang harus saya lakukan. Kalau boleh saya tidak mahu hati sesiapa pun terluka” Kata-kata Fiqri terhenti “Dan…Aku tidak mahu kau juga terluka, Laila!” Sambungnya namun kata-kata itu bagaikan tersangkut di kerongkong dan ianya hanya mampu bergema di dalam hati.


Laila tersentak bila Fiqri tiba-tiba meraih tangannya. “Nak ke mana?” Soalnya pendek. “Temankan saya. Dah lama saya tak berjalan-jalan di sekitar KL” Fiqri menguntum senyum dan tanpa menanti kata putus, tangan Laila diraihnya mengikut jejak langkah yang mula di aturnya.


“Awak dah makan? “ Soal Fiqri setelah lama berjalan. Sesekali tubuh Laila ditarik rapat ke dadanya bila memasuki kelompok orang ramai yang bersesak-sesak. Malam minggu, Kuala Lumpur memang tidak pernah tidur. Laila sekadar menganggukkan kepalanya. Memang dia telah makan tadi. Sekadar mengalas perutnya dengan sekeping roti canai di kedai mamak.



Hampir-hampir tubuhnya hendak tersembam ke arah Fiqri bila langkah Fiqri tiba-tiba mati. “Hish! Awak ni! Kot ye pun nak berhenti bagilah signal dulu!” Gerutu Laila geram. Fiqri sekadar tersengeh. Tak tahulah mengapa, hatinya rasa begitu selesa tatkala mendengar leteran Laila. “Aduhai hati…Janganlah begini. Janganlah disukar untuk aku membuat pilihan!” Hati berbisik perlahan.


“Awak tunggu sini kejap” Ujar Fiqri sambil berlalu pergi meninggalkan Laila yang terkebil-kebil memerhati tingkahnya. 15 minit menanti, Fiqri kembali dengan sebuah beg plastik di tangan kanannya. “Nah! Ini untuk awak” Bungkusan plastik berwarna hitam itu dihulurkan ke arah Laila. Laila terdiam. Teragak-agak untuk menyambut pemberian Fiqri. Menyedari sikap Laila yang teragak-agak menerima pemberiannya, di raih tangan Laila lalu bungkusan plastik itu diletakkan ke atas dua telapak tangan Laila. “Ambillah! Hadiah dari saya sebab awak temankan saya malam ni” Fiqri bersuara sambil menguntum senyum.


“Tudung ?” Soal Laila sebaik beg plastik itu di buka. Sehelai tudung berwarna coklat cair dengan hiasan manik-manik mutiara disekelilingnya. Sesekali manik-manik mutiara itu berkelip-kelip tatkala terkena pancaran cahaya lampu. “Hadiah ikhlas dari saya untuk awak. Dan awak terlalu cantik bila bertudung!” Sebuah senyuman terukir indah dibibir Laila bila mendengar kata-kata Fiqri. Dan kali ini lesung pipit bukan sahaja kelihatan di pipi kirinya malahan di pipi kanannya terserlah indah lekukkan lesung pipit. Fiqri tergamam! Kalaulah Laila sudah sah menjadi isterinya…Saat itu sudah pasti pipi Laila akan menerima ciuman darinya !

LAILA MAJNUN {CHAPTER 10}
Berketuk ketak bunyi kasut tumit tinggi tatkala kakinya menghentak ke lantai. Baju kurung kedah berkain selisih berwarna hijau pucuk pisang itu tampak begitu cantik membaluti tubuhnya. Sejak menjadi tunang Fiqri, jeans dan t-shirt sudah lama dia tinggalkan. Dia sendiri kurang pasti, perubahannya itu berlaku kerana tuntutan tugasnya sebagai personal assistant atau kerana Fiqri.


“Selamat pagi Cik Laila” May gadis berketurunan tionghua itu sangat petah berbahasa melayu. “Selamat pagi May. Awalnya you dah sampai” Ujar Laila sambil menguntum senyum. “Saya dah biasa datang awal ke pejabat Cik Laila. Oh ya! Ada seorang tetamu nak berjumpa dengan Encik Fiqri. Dia sedang menunggu di dalam bilik” Kata-kata gadis cina itu mengundang kerutan di dahi Laila “ Siapa? “ Soalnya sepatah. May sekadar menggelengkan kepalanya. “Encik Fiqri dah datang ?” Matanya liar memerhati sekitar pejabat mencari kelibat Fiqri. “Tadi dia ada call. Katanya dia lewat sikit hari ni” Laila mengangguk kepalanya beberapa kali sambil berlalu pergi.


Hatinya sedikit terusik tatkala melihat susuk tubuh Sofia di dalam bilik. Berbaju kebaya biru dengan hiasan kerawang di sekelilingnya, Sofia tampak begitu cantik pada pandangan matanya. Terasa saat itu dirinya terlalu kerdil untuk bersaing dengan Sofia bagi merebut cinta Fiqri.


“Hai Laila! Maafkan kakak ya sebab pagi-pagi lagi dah datang dekat sini’”Ujar Sofia lembut. Laila menguntum senyum. Pahit! “Tak mengapalah kak. Errrr…Kakak datang sini nak jumpa dengan Fiqri ke? “ Suaranya sedikit bergetar sewaktu menyusun kata. Sofia sekadar menganggukkan kepalanya dan riak di wajahnya sedikit berubah tatkala mendengar pertanyaan Laila.


“Laila dah tahu?” Soalnya pendek. “Laila dah tahu sejak dari mula lagi” Sofia agak tersentak! Sangkaannya Laila masih belum mengetahui tentang perhubungannya dengan Fiqri. “Malam tadi kakak ada berjumpa dengan Fiqri. Kemudian selepas tu kakak berjumpa dengan Imran. Dan malam tadi kami bergaduh besar bila kakak ceritakan hal kakak dan Fiqri pada abang Laila” Ujara Sofia dengan nada tersekat-sekat.


Laila meneguk air liurnya beberapa kali. Apa yang perlu dia katakan? Menenangkan Sofia atau menyalahkannya ? “Boleh Laila tahu kenapa kakak tiba-tiba menghilangkan diri dari Fiqri ?” Sofia terdiam mendengar pertanyaan Laila. Tidak sangka soalan itu yang akan keluar dari mulut gadis itu. Lama menanti jawapan dari Sofia, Laila sedikit resah!


“Kakak tak tahu rupanya selama ini papa kakak dan papa Fiqri bermusuhan. Sentiasa bersaing dalam dunia perniagaan. Bila papa dapat tahu perhubungan kakak dengan Fiqri, dia memaksa kakak balik ke Malaysia” Kata-kata Sofia terhenti. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan untuk menyambung bicara. “Pada mulanya kakak berkeras dengan keputusan papa tapi bila papa masuk wad akibat di serang penyakit jantung kerana sikap kakak……kakak tak punya banyak pilihan Laila. Kakak terpaksa tinggalkan Fiqri dalam diam” Sebak suaranya saat itu. Laila terdiam. Serba salah bila melihat mutiara jernih yang mula menuruni pipi gebu milik Sofia.


“Hubungan kakak dan Imran sekadar kawan biasa dan kakak memang tidak sangka yang selama ini Imran menaruh perasaan terhadap kakak. Selama ini Imran kakak anggap sebagai sahabat karib tempat kakak menceritakan segala suka dan duka. Kakak benar-benar rasa bersalah terhadap Imran !” Sofia menekup kedua tangannya ke muka. Menangis semahu-mahunya. Biarlah Laila melihat kesedihannya. Dia tidak ingin berselindung lagi. Kerana kali ini dia sudah tekad! Akan kembali semula ke sisi Fiqri.


“Fiqri dah tahu tentang semua ini ?” Soal Laila lagi. Entah mengapa, dari tadi kerjanya asyik mengaju soalan terhadap Sofia. Dia bukannya apa, sekadar mahukan kepastian! “Kakak dah ceritakan pada dia malam tadi. Tapi kami tak dapat berbual panjang sebab kakak dah berjanji nak berjumpa Imran selepas itu” Balas Sofia dengan suara yang masih sebak.


Lama mereka terdiam dan tiba-tiba kedua-duanya tersentak bila pintu bilik tiba-tiba terbuka. Terserlah kelibat Fiqri di muka pintu. Fiqri tergamam! Terpaku di muka pintu bila melihat Sofia di situ dan perasaannya mula resah bila melihat Laila juga berada di situ!


“Errrrrr….Sofia. Bila you sampai ? “ Soal Fiqri sedikit gelabah, namun ekor matanya masih sempat menjeling wajah Laila. Mencari-cari riak di wajah gadis itu. Tertanya-tanya apakah reaksi Laila saat itu. Marah kah atau cemburu? Tetapi ternyata wajah Laila yang bersahaja itu mengundang kecewa di hatinya. Kecewa kah dia bila gagal mengundang rasa cemburu di hati Laila . Gadis berlesung pipit itu memang berhati batu agaknya!


“I dah lama sampai dan sudah berbual panjang dengan Laila” Balas Sofia lembut. Manja! “Berbual panjang ? Apa yang dia beritahu pada Laila?” Fiqri mula tertanya-tanya di dalam hati. Perasaan resah makin kuat mencengkam jiwanya. “Saya keluar dulu lah. Masih banyak kerja yang perlu saya selesaikan” Laila yang sejak dari tadi mendiamkan diri tiba-tiba bersuara. Lebih baik dia segera keluar. Tidak mahu mendera jiwanya sendiri melihat tingkah dua sejoli ini.




Laila menundukkan wajahnya. Terasa dirinya seperti seorang pesalah yang menunggu untuk dibicarakan. Di kelilinginya oleh ke empat-empat orang abangnya, dia menjadi semakin resah. Dia merapatkan sikit duduknya ke sisi Nadia, kakak iparnya. Maisarah, anak saudaranya yang berusia 2 tahun itu dipeluknya erat-erat. Dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku sebentar lagi. Bom atom bakal meledak!


“Cuba Laila ceritakan dengan kami semua apa sebenarnya yang berlaku” Soal Ilham lembut. Dia sendiri tidak tahu hujung pangkalnya, sekadar mendapat perkhabaran dari mulut Imran. “Cerita apa? “ Jawabnya sengaja berpura-pura tidak mengerti. Imran merengus agak kasar tatkala mendengar soalan Laila. Moodnya memang kurang baik sejak pertengkaran dengan Sofia. Kalaulah saat ini Fiqri berada di depannya, sudah pasti muka Fiqri lebam dimakan penumbuknya. Geram! Sudahlah Sofia dirampasnya dan kini perasaan adik kesayangannya seolah-olah dipermainkan !


“Laila cakap dengan kami semua hari tu, Laila dah 5 tahun bercinta dengan Fiqri. Tapi kenapa Sofia tiba-tiba cakap dia yang sudah lama menjalinkan hubungan dengan Fiqri. Dan hubungan itu terjalin sejak mereka di London!” Bait-bait ayat Imran begitu keras kedengaran. Imtihan dan Irfan sekadar menjadi pendengar. Lebih baik mereka jangan masuk campur, biarlah abang long dan abang ngah yang membuat segala keputusan.


“Cakaplah Laila! Kenapa asyik diam saja!” Bentak Imran kuat. Kesabarannya sudah tidak dapat di bendung lagi. “Sabar ngah! Jangan terlalu berkasar” Ilham yang duduk di sebelahnya, mengurut lembut belakang badannya. Cuba menenangkan kemarahannya yang sedang membara.


“Apa lagi yang Laila nak cakapkan? Abang ngah dah tahu semuanya dari Sofia. Tak perlulah Laila terangkan apa-apa lagi. Semua tu dah tak pentingkan!” Laila yang sejak tadi sekadar membatu bersuara keras. “Biarlah masa yang menentukan segala-galanya. Laila tak kisah siapa pun yang Fiqri pilih. Hati dan perasaan bukannya boleh di paksa!” Laila menjerit geram. Sakit hatinya bila Imran seolah-olah melepaskan kemarahan terhadapnya.


Semua yang berada di situ terdiam mendengar kata-kata keras dari Laila. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Maisarah yang berada dipangkuan Laila turut mendongak memandang Mak sunya yang tiba-tiba naik angin. Dia pelik!


Laila bingkas bangun ingin berlalu pergi. Punggungnya terasa panas kalau terus berada di situ. “Laila tunggu dulu !” Jeritan abang longnya langsung tidak di endahkannya. Hatinya begitu sakit! Semua orang seolah-olah menyalahkannya. Kenapa tidak difikirkan perasaannya saat itu. Dia juga lebih kecewa! Kecewa kerana rasa cintanya terhadap Fiqri terus subur biarpun berkali dia cuba hindarkan!

LAILA MAJNUN {CHAPTER 11}
Fiqri resah sendirian. Sudah beberapa kali dia mundar mandir di dalam biliknya. Jam kayu berukiran ayat-ayat suci Al-quran yang tergantung di dinding biliknya, telah banyak kali dia renung. Pukul 10.00 pagi, tapi batang hidung Laila masih belum kunjung tiba. “Sakit ke dia?” Hatinya tertanya-tanya sendirian. Nombor telefon Laila pun sudah puas di dailnya namun perasaan hampa kian menghimpit hatinya bila pesanan suara sahaja yang menjawab panggilannya. “Mana dia pergi?” Hatinya tertanya lagi.

Dia tersentak bila intercom dia atas mejanya tiba-tiba berbunyi. “En. Fiqri, saya baru terima panggilan dari Laila sebentar tadi. Dia ambil emergency leave seminggu” Suara lembut May di hujung talian itu mengundang kerutan di dahinya.

“Kenapa tak sambungkan talian tu pada saya?” Soal Fiqri kurang senang. May sepatutnya menyambungkan talian itu kepadanya. Dia boss dan semua staf mesti mendapat keizinan darinya dahulu jika ingin bercuti. Walaupun emergency leave !

“Maafkan saya En. Fiqri. Belum pun sempat saya sambungkan kepada En. Fiqri, Laila sudah matikan taliannya. Maafkan saya” Suara May sedikit resah kedengaran. Bimbang jika dia mengundang kemarahan Fiqri. “Tak mengapalah May. Tapi jika terima panggilan dari dia lagi, cepat-cepat sambungkan kepada saya” Ujarnya memberi arahan.

Dia kembali tersandar di kerusi. Berkeriut-keriut bunyi kerusi itu setiap kali dia menggerakkan tubuhnya. Geram bunyi kerusi itu mengundang lagi resah di hatinya, dia bingkas bangun melabuhkan punggunnya di atas sofa empuk berwarna biru laut. Dahinya dipicit beberap kali. Entah mengapa dia tiba-tiba di serang sakit kepala. Kerana Laila kah? Bagaimana dia hendak memulakan harinya jika sehari tidak memandang lesung pipit itu !

Dia tiba-tiba teringatkan Imran. Patutkah dia menghubungi Imran bertanyakan tentang Laila? Masih mahukah Imran bercakap dengannya? Dia kembali memicit-micit kepalanya. Makin kuat pulak denyutannya! Kedua-dua tangannya pula diraup ke muka. Aduhai resahnya hati !

Fiqri tersentak. Dia benar-benar terkejut dan saat itu jantungnya bagaikan berlari tatkala melihat Sofia berdiri di muka pintu. “Errr…Eh? Sofia! Kenapa tiba-tiba datang sini?” Soal Fiqri teragak-agak. Dia sendiri tidak pasti, ayat itukah yang patut dia katakan dahulu.

Sofia tersenyum. Manis! Masih manis macam dulu! “Maafkan I Fiq coz tak inform U. Mula –mula tu memang I nak call tapi I ingat nak bagi U surprise “ Ujar Sofia sambil ketawa kecil. Dan Fiqri memang betul-betul surprise !

“I dah settlekan problem I dengan Imran. So sekarang I nak kita seperti dulu” Sofia bersuara lembut sambil mengengam erat tangan Fiqri. Hatinya saat itu berbunga indah. Rasanya bagaikan terdengar kicauan burung seakan-akan meraikan semula pertemuannya dengan Fiqri. Fiqri terdiam. Kaget! Apa yang perlu dia katakan ?

“Kenapa dengan U ni Fiq. I tengok lain macam je. U sakit ke? “ Soal Sofia hairan. Dia pelik melihat tingkah Fiqri yang serba tidak kena. Fiqri sekadar mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil tersenyum. Pahit !

“I harap U dapat bagikan I masa untuk semua ni.” Fiqri bersuara perlahan. Bukan mudah baginya untuk memilih. “Bagikan masa? Kenapa Fiq? Hari tu U beritahu I yang U tidak cintakan Laila. Habis tu kenapa U masih perlukan masa untuk kita mulakan seperti dulu?” Soal Sofia kurang senang. Ada perasaan bimbang di sudut hatinya.

Fiqri menunundukkan kepalanya. Dahinya dipicit lagi. Bagaikan mahu pecah kepalanya saat itu. “Atau U sudah jatuh cinta pada Laila ?” Soalan Sofia yang kedengaran agak keras itu bagaikan menyentap tangkai jantungnya. Entah mengapa ada satu perasaan anih yang timbul tatkala nama Laila di sebut.

“Sofia U kena faham keadaan I sekarang. Pertunangan I dan Laila melibatkan kedua-dua buah keluarga. Bukan mudah untuk terus memutuskannya begitu saja. Hati ibu bapa I dan ibu bapa Laila pun I kena jaga juga” Ujar Fiqri. Wajah Sofia yang tadinya berseri-seri bagaikan bunga yang sedang mekar kini serta merta berubah. Kecewa dan resah jelas terpancar di wajahnya. Dia bimbang jika telahannya mengenai Laila adalah benar !

Perasaan bersalah mula menjalar di hatinya tatkala melihat butiran mutiara yang mula menuruni pipi Sofia. Dia kembali serba salah. Aduh! Apa yang perlu dia buat! Esak tangis Sofia mula jelas kedengaran. Bahu gadis itu terhinggut menahan tangisnya yang kian menjadi. Sukarnya buat Sofia menahan perasaannya kala itu.

“Maafkan I Sofia. Bukan I dah lupakan U …..Cuma berikanlah I sedikit masa untuk semua ini. Bukan mudah untuk I buat keputusan dalam masa sesingkat ini” Fiqri bersuara perlahan sambil mengesat lembut juraian air mata di pipi Sofia. Dan Fiqri kembali tersentak bila Sofia tiba-tiba memeluknya erat! “I cintakan U Fiq. Terlalu menyintai U. Cinta I pada U tidak pernah pudar. Janganlah dikecewakan hati dan perasaan I “ Sofia merintih sayu. Air matanya kian deras turun membasahi kemeja biru milik Fiqri. Fiqri terdiam tanpa sepatah kata. Lidahnya betul-betul kelu saat itu dan lebih-lebih lagi bila terasa hangat air mata Sofia membasahi bahunya!

LAILA MAJNUN {CHAPTER 12}
Lebai Samat mengerutkan keningnya beberapa kali. Kopiah lusuhnya yang berwarna putih itu sesekali dibetulkannya. Puas dia merenung tingkah Mak Munah yang sejak dari tadi asyik tersenyum-senyum. “Apa kena orang tua ni?” Soalnya perlahan. Kali ini kepalanya pula digaru beberapa kali. Rambutnya yang memutih dipenuhi uban itu bergerak-gerak tatkala disentuh jari jemarinya.

“Dari tadi tak henti-henti senyum ni kenapa? Macam orang mabuk kepayang pulak lagaknya “ Soal Lebai Samat setelah sekian lama hanya memerhati tingkah Mak Munah. Mak Munah tersengeh lebar. Menampakkan barisan giginya yang banyak telah tiada. Kerutan di dahi Lebai Samat makin kuat ketara bila Mak Munah masih terus dengan galagatnya. “Senyum pulak dia ! Aku ni bertanya yang maknya tak habis-habis senyum kenapa? “ Lebai Samat mengulangi soalannya sedikit keras.

“Laaaaaa…ayahnya tak perasan ke dengan anak dara awak sorang tu. Sejak balik ke sini, Si Laila tu tak pernah lekang dengan kain batik dan baju kurung kedahnya. Kalau tidak jangan haraplah kita nak nampak dia pakai semua tu” Senget-senget mulut Mak Munah menerangkan. Dan senyumnya masih tidak lekang di bibir. “Dia pun rajin menolong saya kat dapur sekarang ni. Semalam tu, kurma ayam yang ayahnya makan tu, Si Laila lah yang masak. Sedapkan !” Sambungnya lagi. Jelas kedengaran nada gembira pada setiap bait ayat yang dia tuturkan.

“Sebab tu ke yang buat maknya asyik tersenyum dari tadi?” Soal Lebai Samat lagi. Mak Munah sekadar mengangguk. Matanya masih tidak lepas memerhati Laila yang begitu tekun menyidai pakaian di luar. “Apa pulak nak diherankan. Dia dah besar panjang. Lambat laun mesti dia berubah jugak “ Ujar Lebai Samat sambil bingkas bangun. Malas dia nak melayan kerenah isterinya. Kalau dia lama-lama duduk di situ , nanti semua kerja tak habis dibuat. Kerbau di kandang pun dia masih belum jenguk lagi. Lebai Samat cepat-cepat mengatur langkah meninggalkan Mak Munah yang mendengus geram dengan sikap tidak acuhnya.

“Ayah nak ke mana? Pergi tengok kerbau ke?” Soal Laila tatkala melihat Lebai Samat mula menuruni anak tangga. “Ha ah!” Jawab Lebai Samat sepatah. Parang panjang yang baru siap di asah itu berkilat-kilat tatkala lantunan matahari mengenainya. Dia membetulkan beberapa kali kedudukan parang yang diletakkan di dalam bakul motor buruknya. Bimbang jika tiba-tiba tercicir dalam perjalanannya nanti.

“Ayah boleh tolong Laila kutipkan pucuk paku dekat kebun ? Laila nak goring dengan cili api tengah hari nanti” Lebai Samat tersenyum lebar mendengar kata-kata Laila. Memang benarlah kata isterinya sebentar tadi, Laila memang sudah banyak berubah. Hanya kepalanya yang dianggukkan tanda mempersetujui permintaan Laila. Tidak terkata dia dibuatnya.

Selesai menyidai pakaian di ampaian, dia cepat-cepat menuju ke belakang rumah. Arnab berbulu putih sebanyak 3 ekor yang dipelihara emaknya perlu dijenguk setiap hari. Dan dia memang terhibur setiap kali melihat telatah arnab yang begitu berselera menjamah kangkung segar yang diberinya. “Laila ooo Laila!” Dia yang begitu asyik melayan keletah ketiga-tiga ekor arnabnya tiba-tiba tersentak. “Laila cepat masuk. Cuba tengok siapa yang datang tu” Ujar Mak Munah yang sudah tersembul di muka pintu . “Siapa mak?” Soalnya malas. “Pergilah tengok dulu. Cepat! Tak baik buat orang tertunggu-tunggu” Mak Munah bersuara sambil tersenyum.

Laila menggigit bibirnya beberapa kali. Pelik! “Kenapa mak ni? Senyum-senyum je!” Gerutunya perlahan. Dia melangkah sebal menuju ke ruang tamu. Kenapalah mesti dia yang melayan tetamu tu, padahal selalunya dia cuma jadi tukang bancuh air saja !

Langkahnya tiba-tiba mati. Rasanya kalau boleh saat itu mahu saja dia berlari menyorokkan dirinya. Fiqri menguntum senyum tatkala kelibat Laila berada di hadapannya. Rindunya!

“Apa awak buat dekat sini?” Soal Laila keras. Kurang senang! Wajah Fiqri direnungnya dengan tajam. “Nak jumpa awaklah!. Tiba-tiba je hilang macam tu.! Awak buat saya risau” Balas Fiqri geram. Kalau boleh nak dipicit-picit pipi berlesung pipit itu!

“Risau? Bukan rindu ke?” Soalnya. Namun cuma mampu bertanya sendiri di dalam hati. “Bila awak nak balik ni? “ Soal Laila dengan nada suara yang masih keras. Dia kurang selesa jika Fiqri tinggal lebih lama di sini. “Eh? Saya ni duduk pun belum lagi, awak dah tanya bila nak balik.” Fiqri berseloroh. Dia ketawa kecil, lucu melihat tingkah Laila yang serba tidak kena.

Laila membetulkan kain batiknya beberapa kali. Resah bila Fiqri memandangnya dari atas ke bawah beberapa kali. Bimbang jika dia tersalah pakai pulak! “Laaaaa..Laila kenapa tak di suruh Si Fiqri tu duduk. Tengok tu! Air pun tak dihidangkan! Bertuah sungguh budak sorang ni” Kedua-duanya tersentak tatkala suara Mak Munah tiba-tiba kedengaran . “Apa khabar mak cik?” Ujar Fiqri berbahasa sambil menghulurkan tangannya. “Apa pulak makcik? Panggillah mak, bukan ke nanti Fiqri akan jadi anak mak juga” Mak Munah bersuara mesra. Suka benar hatinya menerima kedatangan Fiqri.
“Ish mak ni! Dia pulak yang lebih-lebih!” Laila mendengus perlahan. Fiqri tersenyum lebar mendengar kata-kata ibu Laila.

Laila resah sendirian. Apa yang dia buat semuanya tidak menjadi. Menumbuk cili api di dalam lesung batu pun dia merasa kekok. Bukannya sebab dia tidak pernah membuatnya sebelum ini tapi kekok bila ekor mata Fiqri asyik menjelingnya. “Masak apa ni?” Soal Fiqri yang sudah bersila di sisi Laila. “Entah !” Sepatah saja jawapannya. “Ooooo masak entah. Sedap ke lauk entah ni?” Soal Fiqri lagi. Sengaja memancing reaksi Laila. “Awak ni kalau tak kacau saya tak boleh ke? Pergilah duduk kat sana diam-diam!” Jerit Laila geram. Dia mendengus kasar. Fiqri tergelak besar. Rindunya! Dah lama tidak mendengar leteran Laila. Terubat rindunya saat itu !

“Awak ni asyik marah-marah saja sejak saya sampai sini. Awak tak suka jumpa saya ke?” Soal Fiqri lembut. Wajah Laila cuba ditatapnya namun gadis itu cepat-cepat melarikan mukanya. Laila terdiam! Apa yang perlu dia cakap. Rindu? Tapi Fiqri belum tentu memilihnya. Tak suka? Tapi dia memang suka melihat Fiqri di sini. Silap-silap boleh runtuh rumah papan ini akibat loncatan kegembiraannya tatkala kelibat Fiqri berdiri di hadapannya. Tetapi........Semua tu hanya mampu dia pendam. Jauh! Jauh nun di sudut hati !

Bahang panas di dalam rumah papan yang tidak berkipas dan ber air-cond itu begitu terasa teriknya. Peluh mula mengalir di dahi Fiqri tatkala menikmati makanan tengah hari. Kena pulak dengan masak lemak cili api ikan patin. Memang berlawan ! “Macam mana Fiqri? Sedap tak Laila masak? Kamu bertuah sebab budak Laila ni bukannya senang nak tengok dia memasak. Kalau nak merasa masakan dia memang susah!” Mak Munah bersuara riuh. Laila mengetap bibirnya menahan geram “Eiiiii..Mak ni, tak habis-habis lagi nak menyakat aku!” Gerutunya perlahan. Namun masih sempat menangkap wajah Fiqri cuba melihat reaksinya.

“Sedap mak! Fiqri rasa nak tambah lagi nasi ni!” Kata-kata Fiqri itu di sambut dengan deraian tawa oleh Mak Munah. Lebai Samat juga turut tersenyum lebar. Bakal menantu memuji anak daranya, hati mana yang tidak berbunga. Laila yang sejak pagi tadi masam mencuka, turut menguntum senyum dan saat itu bagaikan tidak tertelan nasi ke dalam perutnya tatkala lesung pipit itu terserlah indah. Aduhai hati, tak boleh tahan! Dan saat itu juga bayangan Sofia bagaikan beransur hilang dari hatinya. Cuma kali ini dia tidak menahan bayangan itu dari berlalu pergi seperti dulu. Kali ini, dia biarkan !

LAILA MAJNUN {@@@THE END@@@}
Cuaca pagi di kampung memang sejuk. Lebih sejuk dari di bandar. Sudah pukul 8 pagi tetapi masih berkabus. Fiqri menongkat dagunya di birai tingkap. “Sunyi sepi je rumah ni. Mana semua orang pergi?” Soalnya perlahan. Puas dia menjenguk ke sana sini namun tidak ada sesiapa pun yang kelihatan. Dia kembali menongkat dagunya di birai tingkap. Memerhati ayam dan itik yang berkejaran mencari makanan. Sesekali bunyi kicauan burung singgah di cuping telinganya. Alangkah damainya di kampung !

Fiqri memanjangkan tengkuknya tatkala kelibat Laila tiba-tiba melintas di hadapannya. Kain batik yang di pakainya sudah sekerat basah. Badannya pula menyenget-nyeget memjinjing besen di tangan kanannya. Dahi Fiqri berkerut-kerut. Apa yang dia buat?

“Laila!” Sergahan kuat suara Fiqri benar-benar mengejutkannya. Habis segala isi benda yang berada di dalam besen berteraburan keluar. Berselerak di kaki perigi. “Awak ni!” Laila menjerit kuat. “Tak reti nak bagi salam ke? Main sergah-sergah pulak! Nasib baik saya tak jatuh dalam perigi ni!” Laila mengetap bibirnya menahan geram. Memang nak kena hantu sorang ni. Nasib baiklah dia dah jatuh sayang, kalau tidak, besen ditangannya sudah lama melayang !

Fiqri mengekek ketawa. Perutnya ditekan-tekan beberapa kali cuba mengawal agar tawanya tidak kuat kedengaran. Lucu melihat Laila yang tiba-tiba melompat tatkala di sergahnya tadi. Mujur dia tidak berdiri dekat dengan Laila. Nyaris-nyaris buah silat gadis berlesung pipit itu singgah kepadanya.

“Eh? Banyaknya siput! Nak buat dengan siput-siput ni?” Soal Fiqri hairan. Sebahagian siput yang jatuh di kakinya, dikuis-kuis ke tepi. “Nak makan lah! Awak tak pernah makan ke ?” Laila menjawab keras. Masih bersisa marahnya sebentar tadi. “Makan? Biar betul awak ni! Siput pun awak makan?” Soal Fiqri lagi. Dahinya mula berkerut-kerut. “Siput ni memang boleh di makan. Saya kutip dekat sungai tadi. Buat masak lemak sedap ni!” Tangannya ligat membersihkan siput-siput yang berlonggok di hadapannya. Sejuk air perigi begitu terasa tatkala percikkan air mengena ke muka Fiqri. Dia mengelap air di muka dengan hujung lengan bajunya.

“Errrrr….macam mana nak makan ? Kulit dia keras. Nak kena gigit ke? “Soal Fiqri ingin tahu. Inilah pertama kali dia dengar siput boleh di makan. Meletus tawa di hujung bibir Laila. Tangannya dipekup ke mulut cuba mengawal tawanya. “Awak ni memang anak orang bandar. Anak jati bandar macam awak nilah! Siput boleh makan pun tak tahu!” Laila sedikit mencemik. “Siput ni kalau nak makan tak payah gigit tapi sedut bagi isi dia keluar. Tak susah pun, budak umur 3 tahun pun pandai makan!” Balas Laila lagi. “Ooooo…Macam tu ke? Dengar macam menarik! Saya pun nak cuba. Nanti Laila tolong sedutkan untuk saya ye…. Kalau bab sedut-sedut ni saya memang tak pandai” Ujar Fiqri sambil tersenyum-senyum. Matanya dikenyit beberapa kali ke arah Laila.

“Miangnya! Nah! Ambil ni!” Jerit Laila geram. Sebaldi air di simbah ke arah Fiqri. Habis basah kuyup dibuatnya. Namun Fiqri masih tersenyum dan hatinya terus berbunga-bunga. Deringan nyaring telefon membuatkan kedua-duanya berpandangan sesama sendiri. “Hah! Elok sangatlah tu! Awak pergi naik atas tukar baju awak yang dah basah tu. Sambil-sambil tu jawab sekali telefon yang tengah berbunyi tu” Laila mengarah keras. Malas dia nak melayan kerenah lelaki ni lama-lama. Bimbang juga kerana kedua ibu bapanya tiada di rumah. Nanti tak pasal-pasal kena cekup !

Fiqri bergegas naik ke rumah. Menggigil dia kesejukkan. Telefon yang terletak di ruang tamu itu masih nyaring berbunyi. “ Hello !” Termengah-mengah dia menjawab telefon sambil tangannya dia pula terkial-kial membetulkan t-shirt yang tersekat di badannya. “Fiq? Papa ni!” Fiqri tersentak ! Papa? “Papa ? Kenapa papa ? Macam mana dapat nombor telefon ni ?” Soalnya tanpa henti. Memang dia ada memeberitahu papanya dia akan ke kampung Laila tapi seingat dia tiada pula memberi nombor telefon kepada papanya. “Papa dapat dari Sofia “ Fiqri terdiam tatkala nama Sofia disebut. Sudah dapat mengagak dari mana Sofia memperolehi nombor telefon tersebut. “Sofia ada bersama papa sekarang. Dia dah ceritakan segala-galanya pada papa” Tenang sahaja suara Dato’ Fuad di hujung talian.

Fiqri meneguk air liurnya beberapa kali. “Fiq….Papa tak mahu masuk campur dalam urusan kamu tapi soal hati dan perasaan janganlah di buat bagaikan barang mainan” Fiqri masih mendiamkan dirinya. Membiarkan sahaja papanya menghabiskan kata-kata. “Papa harap Fiq boleh balik hari ni. Jelaskan segala-galanya dengan papa. Siapa pun yang Fiq pilih, papa tidak akan menghalang. Papa tidak akan mencampur adukkan urusan business dengan peribadi. Papa cuma mahu dengar dari mulut Fiq sendiri.” Dato’ Fuad berbicara panjang. Dia juga terhimpit akibat perilaku Fiqri.

“Baiklah papa. Fiq akan jelaskan segala-galanya pada papa sekembalinya Fiq nanti. Fiq akan putuskan segala-galanya hari ini!” Lama terdiam Fiqri menjawab tegas. Penuh yakin. Apa nak jadi-jadilah. Sebuah keputusan sudah tergenggam di tangannya.

Pakaiannya yang berselerak di atas katil, kelam kabut dia memasukkan ke dalam beg. Semuanya disumbat sahaja ke dalam beg. Dia perlu cepat kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan ke Kuala Lumpur memakan masa selama 3 jam jadi dia perlu cepat agar sempat sampai sebelum waktu pejabat berakhir. Dia mahu selesaikan segala-galanya dengan cepat sebelum perkara ini sampai ke pengetahuan mama. Bimbang mama akan menambahkan lagi segala kekusutan !

“Kenapa awak ni? Dah nak balik ?” Soal Laila yang tiba-tiba tersembul di pintu bilik. Fiqri sekadar mengangguk tanpa mendongak memandang ke arah Laila. Laila terdiam. Hatinya di rundung kecewa. Kalau boleh dia tidak mahu benarkan Fiqri pergi. Jika Fiqri pergi bermakna dia akan kehilangan Fiqri selama-lamanya!

Kakinya di atur lesu menuju ke luar rumah. Dia duduk menumpang dagu memerhatikan arnab-arnab berbulu putih itu melompat-lompat di dalam rebannya. Namun saat itu pandangannya begitu kelam.

“Laila….Saya dah nak balik. Nanti sampaikan salam saya pada ayah dan mak “ Ujar Fiqri yang tiba-tiba sudah berdiri di hadapannya. Laila hanya membisu seribu bahasa. Dia masih menumpang dagunya sambil terus mengahalakan pandangannya ke arah arnab berbulu putih itu. Fiqri menarik nafasnya dalam-dalam. Dia juga resah sebenarnya.

“Kenapa awak masih nak terus memanjangkan semuanya. Awak sudah datang ke kampung saya, kenapa masih belum memutuskan pertunangan kita !” Laila yang tiba-tiba bersuara mematikan langkah yang sudah di aturnya. “Tak perlulah kita berselindung lagi dengan semua orang. Saya dah tak sanggup nak berpura-pura lagi” Laila bersuara lagi. Dia bingkas bangun, tidak sanggup rasanya hendak melihat pemergian Fiqri.

“Awak sudah berjumpa dengan Sofia yang awak cari selama ini. Saya takut awak akan kehilangan dia lagi. Saya juga takut tak sanggup melepaskan awak nanti…” Ujar Laila lirih. Bait ayat yang terakhir itu agak perlahan bunyinya namun masih dapat di tangkap oleh telinga Fiqri.

Langkah yang mula di atur Laila terhenti bila tangannya di raih erat oleh Fiqri. “Laila…..Saya ingin menjadi “Majnun” buat Laila. Biarpun mungkin cinta saya tidak sehebat lakonan Nordin Ahmad tapi cinta saya tidak berdasarkan skrip. Cinta saya tak akan berhenti meskipun perkataan “Cut” akan di laungkan “ Tutur Fiqri lembut. Wajah Laila di angkatnya perlahan-lahan. Dia terkedu seketika. Pertama kali melihat gadis itu menitiskan air matanya. Dan butiran mutiara yang gugur dari matanya terlalu indah!

“Saya tidak mampu melawan kehendak Allah. Meskipun saya boleh berusaha namun ketetapan masih ditangan-Nya. Saya berusaha membina cinta bersama Sofia selama 5 tahun lamanya namun masih gagal membina mahligai.” Kata-katanya terhenti seketika. Sukar untuknya meneruskan kata tatkala mutiara indah itu makin galak mengalir “Tetapi ketetapan-Nya telah menentukan cinta saya yang berputik terhadap Laila biarpun tidak sampai setahun terlalu kuat hingga mampu membina mahligai cinta. Saya suka awak kerana awak adalah Laila.”

Laila masih terdiam tanpa sepatah bicara. Lidahnya yang selalunya petah mematah setiap kata tiba-tiba kelu. Entah bagai mana nak di gambarkan perasaannya saat itu. Tapi kalau mampu ingin sahaja dia melompat tinggi hingga mencecah awan di langit!

“Sampaikan pesan pada ayah dan emak, perkahwinan kita akan dilangsungkan bulan depan. I can’t wait anymore!” Fiqri berbisik lembut ke telinga Laila. Lembut dan rapat! Hingga boleh terasa dengusan nafasnya ke telinga Laila. Laila tersenyum! Tersenyum mendengar berita yang tidak dia jangkakan, tersenyum kegelian kerana hembusan nafas Fiqri mengenai telinganya.



["Astagfirullah hal azim! Apa yang Laila buat ni ? Fiqri cuba tengok apa nak jadi dengan isteri kamu ni!" Mak Munah mengucap panjang. Fiqri yang begitu asyik menikmati kemanisan jambu air itu mengalihkan pandangannya. Dia menguntum senyum tatkala matanya terarah ke arah Laila yang terkial-kial cuba memanjat pokok jambu.

"Nakalnya sayang abang ni. Dalam perut tu dah ada baby tau! Tak boleh nak panjat pokok lagi" Ujar Fiqri lembut sambil memeluk erat tubuh Laila dari belakang. Sudah terasa berisi perut Laila di tangannya. Laila sekadar menguntum senyum. Meyerlahkan lesung pipit di kedua pipinya. Dan kali ini Fiqri tak perlu menahan lagi. Pipi berlesung pipit itu di cium lembut. Lama!......
]

Cinta Laila Majnun
Terukir indah di dada langit
Mengait bintang menghiasi malam
Mengalun syahdu hembusan sang bayu

Cinta Laila Majnun
Antara mimpi dan kenyataan
Di patah tidak rapuh
Di hempas tidak pecah

Cinta Laila Majnun
Luahan hati seorang perindu
Bicara indah seorang penyair
Nyanyian gemersik alunan suara

Cinta Laila Majnun
Taupan dua hati yang saling merindu
Terikat kemas di sudut tidak terungkai
Biarlah ajal yang memisahkannya



@@@@TAMAT@@@

"INGATLAH.....SEKASAR-KASAR MANA PUN SESEORANG PEREMPUAN TU, DIA TETAP PEREMPUAN....."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...