Tuesday 1 November 2011

Sakit Kepala

Anda sakit kepala...........???

Sakit kepala sebenarnya adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita. Ramai diantara kita selalu memandang remeh tentang penyakit ini. Kita tak pernah tahu samada sakit kepala itu serius ataupun tak.Selalunya orang akan berkata...

"ala sakit kepala ja pun.."

dan terus makan ubat tahan sakit. Hanya segelintir sahaja yang terdetik hati untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya. Fikir2kan la....


 
Sebab2 Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
Tekanan (tension headache).
Kemurungan
Migraine (penyempitan salur darah)
Penyakit serta ketegangan dalam mata.
Sakit gigi dan tulang rahang.
Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
Kejang otot.
Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
Angin Ahmar
Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
Tekanan Darah Tinggi
Pengambilan dadah dan racun



Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol      atau Asprin.
Cuba teknik bertenang dan urutan.
Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
Kendalikan tekanan anda dengan baik.
Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
Demam.
Jika anda melebihi 40 tahun.
Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang      ringan.
Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
Kejang tengkuk/leher.
Khayal/lali.
Sawan.
Rasa lemah dan kebas.
Kabur penglihatan atau buta.
Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
Loya, muntah.
Hilang selera makan dan susut berat badan.
Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Pencegahan
Tangani tekanan anda dengan baik.
Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
Pemakanan seimbang.
Kerap bersenam.
Berhenti merokok.
Amalkan gaya hidup sihat

Jangan anggap kita sentiasa sehat.....kita tak kena sakit kepala ini.. kita selalu menganggapnya satu perkara yang biasa. kita juga boleh dikejutkan dengan ketumbuhan otak, migraine dan sebagainya yang boleh melemahkan kita... namun dengan semangat  yang kuat dan kecekalan hati dapat membantu antibodi di dalam badan kita untuk melawannya........SEMANGAT YANG KUAT........;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...