Friday 18 March 2011

Bagaimana seseorang wanita nak kecap kebahagian dalam rumah tangga..???

Santapan Rohani:
Untuk wanita-wanita yang dah berumah tangga dan inginkan kebahgiaan dan kemanisan dalam berumah tangga......mesti lah....

1)Jangan cemburu buta - ni kuat cemburu sangat. Laki baru sembang dengan jiran sebelah dah cemburu lebih-lebih. Tak salah kalau cemburu tapi mestilah bertempat. Bila si isteri ni layan suami dengan baik dan elok. Insyaallah tak ke mana nya.  ;)

2)Senyum selalu - senyum tu adalah suatu yang istimewa yang dileparkan oleh si isteri kepada si suami. Bila dia balik dari kerja muka berkerut, nampak tegang ja muka. Tiba-tiba si isteri senyum seikhlas hati. Nahai.....hilang semua masalah tadi tau. Bukan waktu si dia balik dari kerja sahaja, tapi perlu dipraktikkan setiap masa bersama si dia(suami). ;)

3)Kena pakai celak - Haaaaaa....celak nak habaq mai kat hampa, penting tau supaya mata si isteri tu nampak segak dan cantik. Baru la si suami tu tertambat hati. Ni dakbila kat rumah apa celak pun tak mau pakai, tapi bila nk keluar ja. Nahai seinci make up dia tibai. Ingat, dalam umah pun kena pakai jugak jaga hati suami baru suami tak lari.  ;)
4)Wangi (bau -bauan) - Dalam setiap masa bersama suami mesti lah pakai bau-bauan yang boleh memberi si suami keselesaan ketika bersama. membersihkan badan juga adalah penting bagi mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri. Ni tak mau la masam ja baunya.  At least mandi bagi wangi sikit, kan lebih elok. 
5)Mestilah bermaaf-maafan - Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Memang dah menjadi asam garam dalam berkeluarga, sebab manusia ni tak pernah lari daripada membuat kesilapan. Sikit-sikit gadoh. Sikit-sikit gadoh. Kalau ada masalah bawa la berbincang. Salah satu pihak mesti la bertolak ansur. Ni nak kira ego masing-masing. Nahai..... pi dok dalam peti ais la, senang tak kacau orang. Bawa la berbincang. Insyaallah ada jalan penyelesaiannya. ;)

5 comments:

  1. lelaki juga ada peranannya.
    sama macam wanita. bukan wanita ja kena jaga semua ni....dua2 saling memerlukan so dua2 la kena jga.saling nasihat menasihati....baru la bahagian...
    yek...yek...yek...

    ReplyDelete
  2. i wish i could be like this..:)

    ReplyDelete
  3. bgus2......tanamkan azam...Insyaallah bahagia...

    ReplyDelete
  4. Salam, tahniah berjaya buka kedai kopi! kena tag blog ni http://genta-rasa.com/2011/03/07/frust-dalam-bercinta/, penulisan yang mantap untuk blog.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...