Tuesday, 9 August 2011

Ganjaran Puasa Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

 
Riwayat Bukhari & Muslim

Kupasannya macam ni...... 
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 


iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.


iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.


v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

Monday, 8 August 2011

Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

 
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

 
(At-Tirmidzi)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.”...;)


Kupasannya macam....

1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.
 

 

Sang Lelaki....ringkas tapi bermakna.......Renung2kanlah....

✿Lelaki yg BAIK---> lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA
◕Lelaki yg COMEL---> lelaki yg berpakaian baju melayu dan menuju ke masjid
✿Lelaki yg SWEET---> lelaki yg selalu bercakap dengan nada yg rendah
◕Lelaki yg ROMANTIK--> lelaki yg mnghadiahkan sebuah doa setiap hari
✿Lelaki yg CHARMING--> lelaki yg mengingatkan si dia tentang ibadat
◕ITU lah LELAKI yg menjadi igauan wanita ....InsyaAllah...

Pengeluar Sosej Thailand Dakwa Alami Kerugian Besar

KANGAR, 8 Ogos  -- Sebuah syarikat pengeluar sosej Thailand mendakwa mengalami kerugian besar selepas terdapat laporan berhubung penjualan sosej pulut dan kek ayam yang mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi di beberapa bazar Ramadan di Perlis.

Advance Meat Fabtication Co Ltd mendakwa, syarikatnya yang beroperasi di Bangkok, Thailand kerugian kira-kira 5 juta baht (kira-kira RM500,000) dalam tempoh enam hari apabila pelanggannya di negara ini yang terdiri daripada umat Islam memulaukan keluarannya.

Pengurus syarikat itu, Phatnut Chongchaturapat berkata syarikat itu kehilangan pelanggan Islam 100 peratus di negara ini manakala kira-kira 300 pengedar juga tidak dapat menjalankan jualan.

Pada 3 Ogos lalu, sebuah akhbar melaporkan bahawa dua daripada tujuh sampel sosej dan kek ayam yang dikumpul oleh Jabatan Kesihatan Perlis disahkan mengandungi DNA babi manakala Jabatan kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihati umat Islam menghentikan pembelian makanan yang diragui status halalnya.

Chongchaturapat yang berada di sini Isnin untuk bertemu Pengerusi Kelab Usahawan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Dr Amar Hassan berkata syarikatnya yang diasaskan sejak 2002 adalah pengeluar sosej dan kek ayam yang halal.

Beliau turut menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Islam Thailand yang berkuatkuasa 14 Mac 2011 sehingga 13 Mac 2012.

Katanya pasaran produk keluaran syarikat itu tidak terjejas di Thailand namun pasaran di Malaysia merudum sama sekali sejak laporan itu disiarkan 3 Ogos lalu walaupun tidak menyebut nama pengeluarnya.

Syarikat yang mempunyai lebih 300 pekerja yang kebanyakannya beragama Islam itu mengeluarkan 14 produk makanan yang disenaraikan sebagai halal termasuk pelbagai jenis sosej dan kek ayam.

Selain itu ada lagi syarikat Thailand yang turut memasarkan produk yang sama di negara ini.

Beliau juga bersedia untuk mengemukakan segala dokuman kepada Jabatan Kesihatan Perlis atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi membersihkan namanya sebagai pengeluar produk berkenaan.

Sementara itu, seorang pengedar, Ani Ismail, 30, dari Dannork, Thailand berkata beliau memasarkan produk itu sejak dua tahun lalu namun sejak seminggu lalu, beliau telah kehilangan kesemua pelanggannya.

Begitu juga dengan pengedar di Pekan Siam, Ustaz Jara Khan Mohamed yang mendakwa kerugian apabila produk yang dipasarkan di Malaysia tidak lagi diterima umat Islam.

Sumber: BERNAMA

30 perkara PEREMPUAN x sempat nak bagi tau pada LELAKI....nilaikan lah....

Bila seorang wanita mengatakn dia sedang bersedih,,tetapi dia tidak menitiskan airmata,,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf..wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang..sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan..sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain..bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya dia akan cair seperti coklat..wanita memang sukakan pujian tetapi tidak tahu macam mana nak menerima pujian..jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,,tolak cintanya dengan lembut..jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja..sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya biarkan dia untuk seketika..sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan cubalah tegur dia perlahan lahan..wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa..muzik puisi lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka..jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna..bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita..bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon positif misalnya menghubunginya melalui telefon si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah olah tidak berminat tetapi sebaik saja ganggang diletak dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10minit semua rakan rakannya akan tahu berita tersebut..jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak dia keluar tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu..tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu teruskan usahamu untuk memikatnya..sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita..jadi jangan senyum sebarangan..jika kamu menyukai seorang wanita cubalah mulakan dengan persahabatan..kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam..jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya..tanya dia sendiri..selepas seorang gadis jatuh cinta dia akan sering tertanya tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal..kalau kamu masih lagi tercari cari cara yang paling romantik untuk memikat seorang gadis cubalah rajin rajinkan tangan menyelak buku buku cinta..bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang di cintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya..satu ucapan "hye" sudah cukup menceriakan harinya..teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui..wanita paling benci lelaki yang berbaik baik dengan mereka semata mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik..cinta bermaksud kesetiaan ambik berat jujur dan kebahagiaan sebarang kompromi..semua wanita mahukan lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..senjata wanita adalah airmata..wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise untuknya..mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati..dengan ini mereka tak akan ragu ragu terhadapmu..wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambik berat tentang mereka..sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.......

Sejauh mana kebenarannya Allahualam......Nilailah sendiri.....

Kadang2 x sumanya mcm ni......

SEBELUM COUPLE : Message ringkas al-kisah pasangan bercouple.. L: ye! abg dh lme tnggu saat nie! P: abg nk tngglkn syg ke? L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin trjadi!! P: abg cntakn sygkan? L: ye,tiap hari. P: abg prnh tipu syg x? L: X! nape syg sllu tnye cm2? P: abg akn selalu kluar dengan syg tk? L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn. P: abg akn pkul syg? L: giler ke?abg bkn llaki cm2! P: bleh ke syg prcyekn abg? L: yaa! P: syg! SELEPAS COUPLE: baca dari bawah hingga atas.

Friday, 5 August 2011

TAHNIAH...!!!!....Pentas Digma juara Program Pekan Teater

Pentas Digma juara Program Pekan Teater http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9401196.asp

KANGAR - Teater bertajuk Tinggi-Tinggi Si Matahari persembahan Persatuan Teater Anak Seni Anjakan Paradigma (Pentas Digma) muncul sebagai pemenang tempat pertama Program Pekan Teater, anjuran pelajar ko-Kurikulum Drama II, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Teater yang mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Moid dan Murni yang baru seminggu mendirikan rumah tangga membuat keputusan untuk bercerai selepas menghadapi krisis. Disebabkan keputusan itu, ibu bapa kedua-dua mereka mula campur tangan sehinggakan timbul pertelingkahan lebih besar.

Setiap watak dihayati dan dilakonkan dengan baik pelakon-pelakon dibawah Pentas Digma sehingga kira-kira 1,000 penonton yang menyaksikan persembahan pada malam itu bersorak keriangan selepas persembahan berakhir.

Selain dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, Pengarah Tinggi-Tinggi Si Matahari, Salman Fadzri dipilih sebagai pengarah terbaik dalam pertandingan berkenaan.

Malah, empat pelakon produksi itu juga di pilih menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Selain, Titi Tinggi Si Matahari, produksi About Puppets Soul (APS) yang mempersembahkan teater bertajuk Fragment Tolong muncul sebagai pemenang kedua selepas menewaskan Produksi D’V yang mempersembahkan teater bertajuk Patung-Patung.

Manakala, anugerah khas juri menjadi milik produksi Layar Prostar yang menampilkan persembahan bertenaga menerusi teater Dukun.

Pengurus Produksi Ko-Kurikulum Drama II, Mohamad Fakhrul Reza Abd Rahman berkata, penganjuran pekan teater itu merupakan projek terakhir bagi pelajar Produksi Ko-Kurikulum Drama II.

Projek Pekan Teater ini selain mendedahkan pelajar-pelajar dengan informasi dunia teater, ia juga dapat bertujuan menggalakkan kegiatan seni budaya dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Katanya, walaupun hanya lima kumpulan mengambil bahagian dalam pekan teater ini namun, persaingan yang diberikan oleh setiap kumpulan begitu sengit.

“Sepatutnya enam kumpulan mengambil bahagian. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, satu kumpulan terpaksa menarik diri disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

“Apa pun, persaingan antara lima kumpulan ini yang mengambil bahagian iaitu Pentas Digma, APS, Produksi D’V, Experimental Pentas Dimensi dan Dukun begitu sengit sehingga menyukarkan juri membuat persembahan,” katanya dalam majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kampus, Bahagian HEP dan Alumni, Profesor Marzuki Ibrahim.


Tahniah Pentas DiGMA........aku bangga ngan hampa suma....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...