Friday 5 August 2011

TAHNIAH...!!!!....Pentas Digma juara Program Pekan Teater

Pentas Digma juara Program Pekan Teater http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9401196.asp

KANGAR - Teater bertajuk Tinggi-Tinggi Si Matahari persembahan Persatuan Teater Anak Seni Anjakan Paradigma (Pentas Digma) muncul sebagai pemenang tempat pertama Program Pekan Teater, anjuran pelajar ko-Kurikulum Drama II, dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis.

Teater yang mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Moid dan Murni yang baru seminggu mendirikan rumah tangga membuat keputusan untuk bercerai selepas menghadapi krisis. Disebabkan keputusan itu, ibu bapa kedua-dua mereka mula campur tangan sehinggakan timbul pertelingkahan lebih besar.

Setiap watak dihayati dan dilakonkan dengan baik pelakon-pelakon dibawah Pentas Digma sehingga kira-kira 1,000 penonton yang menyaksikan persembahan pada malam itu bersorak keriangan selepas persembahan berakhir.

Selain dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama, Pengarah Tinggi-Tinggi Si Matahari, Salman Fadzri dipilih sebagai pengarah terbaik dalam pertandingan berkenaan.

Malah, empat pelakon produksi itu juga di pilih menerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Selain, Titi Tinggi Si Matahari, produksi About Puppets Soul (APS) yang mempersembahkan teater bertajuk Fragment Tolong muncul sebagai pemenang kedua selepas menewaskan Produksi D’V yang mempersembahkan teater bertajuk Patung-Patung.

Manakala, anugerah khas juri menjadi milik produksi Layar Prostar yang menampilkan persembahan bertenaga menerusi teater Dukun.

Pengurus Produksi Ko-Kurikulum Drama II, Mohamad Fakhrul Reza Abd Rahman berkata, penganjuran pekan teater itu merupakan projek terakhir bagi pelajar Produksi Ko-Kurikulum Drama II.

Projek Pekan Teater ini selain mendedahkan pelajar-pelajar dengan informasi dunia teater, ia juga dapat bertujuan menggalakkan kegiatan seni budaya dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Katanya, walaupun hanya lima kumpulan mengambil bahagian dalam pekan teater ini namun, persaingan yang diberikan oleh setiap kumpulan begitu sengit.

“Sepatutnya enam kumpulan mengambil bahagian. Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, satu kumpulan terpaksa menarik diri disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

“Apa pun, persaingan antara lima kumpulan ini yang mengambil bahagian iaitu Pentas Digma, APS, Produksi D’V, Experimental Pentas Dimensi dan Dukun begitu sengit sehingga menyukarkan juri membuat persembahan,” katanya dalam majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kampus, Bahagian HEP dan Alumni, Profesor Marzuki Ibrahim.


Tahniah Pentas DiGMA........aku bangga ngan hampa suma....

2 comments:

  1. Pengalaman yang amat berharga. Rindu... mngkin leh wat reunion

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang amat berharga. Rindu... mngkin leh wat reunion

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...