Sunday, 17 July 2011

Teater "TINGGI-TINGGI SI MATAHARI".....dalam pembikinan....

Pada 24hb Julai 2011.....
Bertempat Di Dewan Sri Semarak UiTM Perlis.....
Anda dapat menyaksikan pementasan teater Tinggi2 si Matahari..........
Karya : Marlina Manja
Arahan : Salman Zaharin









Sinopsis Tinggi-tinggi Si Matahari
Teater ini mengisahkan tentang Moid yang baru seminggu mendirikan rumah-tangga bersama kekasih tercintanya Murni. Walau bagaimana pun mereka telah menghadapi krisis yang menyebabkan Moid menjadi tidak tentu arah. Bayangkan baru seminggu nikah dah nak bercerai. Hal ini disebabkan oleh salah faham yang tidak disengajakan. Pada awalnya, Moid mengatakan Murni sengaja menjauhkan diri daripadanya. Moid ke dapur Murni ke bilik dan begitu jugalah sebaliknya. Keadaan menjadi lebih kucar-kacir apabila ibu dan bapa Moid mula masuk campur. Moid dengan tidak sengajanya telah menyatakan keinginanya untuk menceraikan Murni kerana sudah tidak tahan lagi dengan perbuatan Murni itu di hadapan kedua ibu bapanya. Konflik bermula disitu apabila bapanya (Lasam) mengeluarkan fatwa talak sudah jatuh. Lebih kecoh lagi apabila maknya (Siti) membuka mulut memberitahu Murni dan Murtad..memang kecoh habis. Masalah ini menjadi semakin teruk. Ibu dan bapa murni pula bermati-matian untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Adakah masalah Moid dan Murni ini dapat diselesaikan???.....Bagaimana mereka menyelesaikannya…???... Sama-samalah kita saksikan pementasan teater Tinggi-tinggi Si Matahari….

PRODUKSI TEATER
TINGGI-TINGGI SI MATAHARI

ENCIK MOHD IZWAN BIN OSMAN sebagai PENASIHAT

SALMAN FADZRI BIN ZAHARIN sebagai  PENGARAH

WAN MOHD HILMI BIN WAN MOHD KAMIL sebagai PENGURUS PENTAS

NOR ATIQAH BINTI JAPAR sebagai SETIAUSAHA/BIRO PROTOKOL

AMIRAH BINTI AZLAN SHAHRUM sebagai BENDAHARI

MUHAMMAD ROSSYAHRIZAD BIN BAHAROM sebagai BIRO PUBLISITI DAN DOKUMENTASI

MOHAMED SHAFIQ ABDULLAH BIN ABDUL MAHMOOD sebagai BIRO KOSTUM DAN TATARIAS

ASMA JAMILAH BINTI AZEMI sebagai BIRO KOSTUM DAN TATARIAS

MUHAMMAD FUAD BIN ROSMAN sebagai BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

MOHAMED ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED sebagai PENATA CAHAYA

EEZWAN SOFEEYAN BIN MD. YUSOFF sebagai PENATA BUNYI

ABDUL QAIYUM BIN ASURI sebagai PENATA BUNYI


Para Pelakon:
MUHAMMAD ZAKI BIN ZULKIFLI sebagai MOID

MUHAMMAD FARHAZIQ BIN ABDUL MANAF sebagai LASAM

AFIQ BIN IDRUS sebagai MURTAD

WAN NURLIYANA BINTI WAN AHMAD sebagai MURNI

SITI AMIRA BINTI ABDUL RAHMAN sebagai SITI

NURUL AIDA BINTI MOHD KHALID sebagai ZAITON

AMIRUL HAFUZ BIN ZULKEFLY sebagai PAK KARMAN

MUHAMMAD ROZAIDI N BIN ZULKEPLI sebagai ARIFFIN

ZAINAL AMIRUL AIZAD BIN ZAINAL ARIFEN sebagai TOK KADI


LATIHAN    
Di sini mulanya..........

Training dialog sesama pelakon.........


mak siti yang malu2.......hahahahaha
baca script tu


3...2....1...action...

aku cakap berpada2......amboi amik kesempatan lakdie nih....

abg...abg...abg..abg...abg malu.

encik....mintak lesen.....

makan beramai2...smpai jd gilaaa..

selesaai sudah SM(hilmi)....memberi tugasan....

truknya mentelaah script.....bgus2

iklan coklatmu d gigi ku....


khusyuk memberi arahan....

jat selaku camera litar tertutup...hhhahaha

org suh berlakon........bukannya wat iklan colgate ke...darlie ke....
haaaaaiiiisssh









Saturday, 16 July 2011

Kita mencintai kerana Allah dan membenci pun kerana Allah

Klu kita tengok....Nabi Muhammad SAW pn pernah bersabda :
"Amalan yang disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah..."(Riwayat Ahmad)


Untuk mendapat cinta yang tulus sejati....CARILAH dan KAHWINILAH manusia yg mencintai ALLAH...dan ALLAH juga menyintainya....mudah2han terisi makna cinta yg dicari....




Berpasangan dan cinta adalah naluri manakala nafsu dan otak yang mengawalnya.....Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan idop....pasti akan di buru penyesalan sepanjang hayat.....

Cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia....Manusia yang tidak ada perasaan cinta adalah tidak normal...namun begitu ramai yang menderita kerana cinta....

Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju ke alam yang diredhai Allah.....Apabila kita betulkan niat kita baru lah kita temui jodoh kita sebenar........dan kita mestilah menjadikan diri kita ni soleh......sb org2 yg soleh akan diketemukan dengan Allah...

Kita kena wajib ingat yang jodoh semua ni di tangan tuhan......Kita hanya mampu merancang ...tetapiAllah yang menentukan.....walaupn bertahun2 kita berkasihan....namun belum tentu ke jinjang pelamin....
Apa yg terjadi ada hikmahnya.......
Kita cuma mampu berusaha mencari jodoh yang terbaik menurut Islam....
mungkin Allah jodoh seseorg tu dengan orang yang kurang dari segi agama ada hikmahnya....mungkin untuk membantu supaya menjadi dikalangan orang2 yang soleh....Renung2 kan lah ye........;)

Friday, 15 July 2011

Cinta.......owh sayangnya...

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. 
Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas,
sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. 
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Prank menyelubungi Besday aku....

Baru-baru ni Besday aku......
aku telah dikejutkan oleh seseorg....

Ni semua komplot bebudak umah aku yang aku sayang......
Hampa semua memang best.....
aku syg selamanya.........
Time tu mcm2 la......Ada yang sampai nk p bli Double Cheese Burger .........

sanggup p Alor star....semata2 nk bli yg tu ja.........
ceh aku ingatkan pasai tu ja........rupa2nya ada komplot yg telah dirancang.......
thanks dear.......
N aku nk ucap jutaan terima kasih kepada sesiapa yg wish aku .......
terutama sekali ....Famlily aku.....Sedara aku...Kekawan Ku..Rakan sekelasku.....Rakan sejawat aku....
Thanks guyz....
kek ni untuk mkn....
haaa...yg pulak untuk make up aku......ada ka patut.....




























tu baru kat umah......
blom aku kna prank ngan bebudak teater........
selama ni aku ja dok prank owg......sonok......
n bila mai time aku......wah kna prank dari byk sudut.......bnyak kali......
tapi best sgt.......






Baling telur ek......sat hmpa......hahahahahahaha
kepada adik2 dlm Tinggi2 Si Matahari....thanks.....;)
Anyway....sweet sgt......Luv u all......Thanks na....

Saturday, 18 June 2011

MEH NAK KONGSI NGAN SEMUA.....MUDAH-MUDAHAN KITA X WAT SILAP YG SAMA BERULANG2 KALI....................

Ni.....!!!!Perhatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, ni dia tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. dan....Ni bukan untuk lelaki ja....untuk perempuan pun sama ja....
Mau taw sendiri ar....



1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ‘senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.

2. “I  tak suka dengan kawan-kawan you.”
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalahsacred atau ‘suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.

3. “I punya ex-girlfriend dulu….”
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about heradalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you”, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.

4. “Cuba tengok perempuan tu…”
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.

5. “I  tak cukup bagus untuk you.”
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.

6. “I  takde mood lah.”
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.

7. “Perangai you macam mak you lah.”
Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.

8. “Takyahlah nak emo…”
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!

9. “I  tak sukalah baju tu…”
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.

10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya.  Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!


Apa2 pn....mesti bawak berbincang....kita dilahirkan dengan akal dan fikiran...sia2 lah pada sesiapa yg tak pandai mengunakannya....

Renung-renungkan lah ye.....;)

Thursday, 9 June 2011

Kenapa Hidung Saudari Berdarah.....????Saya x tau nk buat macam mana...JANGAN PANIK.... Lakukan Yang Terbaik Utk Org Tersayang..

  1. Sejak bila saudari mengalami hidung berdarah? Secara spesifiknya? Tahun ini atau tahun-tahun sebelumnya?
  2. Hidung saudari hanya berdarah pada waktu pagi sahaja? Atau berlaku pada waktu-waktu lain,siang,malam?
  3. Adakah masalah ini berlaku setiap hari? Atau seminggu sekali?Berapa kalikah kekerapan ?
  4. Boleh saudari perincikan kawasan manakah yang paling banyak mengalami pendarahan?kawasan hadapan(anterior) hidung?sebelah atau darah keluar melalui kedua-dua lubang hidung?
  5. Adakah pendarahan itu menganggu aktiviti harian saudari? Setakat mana ia menganggu kerja saudari?
  6. Apabila hidung berdarah,saudari ada mengalami pening-pening,muntah-muntah,denyutan jantung meningkat,atau berlaku juga pendarahan di kawasan lain selain hidung?seperti mata,telinga dan lain-lain? najis berdarah??
  7. Bagaimana jenis darah itu?dalam anggaran berapa milimeter atau berapa cawan kecil kuantiti darah yang keluar setiap hari? Apa warna darah yang keluar?
  8. Adakah masalah yang saudari hadapi berkait juga dengan perubahan musim?
  9. Saudari ada ambil ubat-ubatan yang lain seperti aspirin,steroid,ubat-ubatan herba dan sebagainya?
  10. Jika hidung berdarah,apakah perkara yang saudari lakukan untuk menghentikan pendarahan hidung?
  11. Saudari ada mengalami apa-apa penyakit sebelum ini? Seperti darah tinggi?
  12. Saudari ada mengalami apa-apa alahan ?
  13. Bagaimana dengan sejarah keluarga,ada di kalangan ahli keluarga saudari yang mengalami masalah yang sama?atau keluarga saudari mengalami sakit jantung atau darah tinggi?
  14.  terdedah pada mana-mana individu yang merokok?
  15. Jenis pekerjaan saudari? Dan rutin hidup?
Soalan di atas merupakan soalan umum yang kebiasaannya akan ditanya. Setelah maklumat lengkap diperoleh,barulah doktor akan melakukan investigation untuk mencapai diagnosis yang tepat mengenai masalah yang dihadapi saudari.

Suhu sekitar sejuk,dan bertambah sejuk pada waktu pagi dan malam. Sebenarnya, perubahan suhu yang tidak menentu dan mendadak juga menyumbang kepada komplikasi hidung berdarah. Bayangkan anda berada di luar,bertemankan kesejukan,dan apabila anda kembali ke pejabat atau ke rumah, suhu semakin bertambah,panas sedikit berbanding suhu di luar yang amat sejuk.maksudnya udara di dalam rumah atau mana-mana kawasan tertutup mengandungi udara yang kering. Perubahan suhu dan cuaca beginilah juga menyumbang kepada hidung berdarah. Ini disebabkan cuaca sejuk dan udara kering menyebabkan mucosal hidung menjadi kering, membengkak dan menyebabkan hidung berdarah secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda mengalami infeksi virus atau bakteria-hidung berair,mucus berwarna hijau pekat,selalu bersin,batul-batuk dan sakit mata. Semua symptom sebegini muncul ketika julat suhu terlalu rendah dan terlalu tinggi,seperti musim sejuk(winter),hujan,musim panas(summer).


Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?
Faktor Luaran(external factors)
-          Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah)
-          Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak
-          Kurang minum air
-          Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi
-          Bendasing (foreign body)
-          Asap rokok
-          Debu-debu luar
-          Ubat-ubatan seperti aspirin
-          ubatan herba yang berkaitan
Faktor dalaman (intrinsic factor)
-          Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis
-          leukemia
-          Darah tinggi
-          Kanser
-          Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah), kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.
-          Penyakit hati (liver diseases)

Bagaimana pendarahan boleh berlaku?
Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area,terletak di bahagian hadapan nostril(lubang hidung),spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.

Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.
Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini,ataupun mengalami trauma,hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.









Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?
FIRST AID measure
Sewaktu pendarahan
-          Bertindak tenang
-          Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda!ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!
-          Tekan lubang hidung (nostrils)dengan ibu jari dan jari telunjuk anda,pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.
-          Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar
-          Longgarkan baju anda,longgarkan tali leher,tali pinggang
-          Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan
-          Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.
Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.
Apabila pendarahan berhenti
-          Elakkan bersin,batuk
-          Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !
-          Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.
Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?
Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?
-          Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit
-          Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras
-          Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)
-          Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka
-          Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal
-          Apabila seseorang itu telah berumur
-          Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi
Kesimpulan
Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.
Bersedialah dari awal!

So kepada sesiapa di luar sana belajar la mengenai cara menanganinya....supaya insan yg anda sayang selamat.......;)

Friday, 3 June 2011

Apa Erti Sesebuah Pemberian....Lebih2 Lagi Pada Org Yg DiSayangi....

NABI MUHAMMAD GEMAR MEMBERI HADIAH KEPADA ISTERI
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.
Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.
Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.
Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.
Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

Maksudnya;
"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.

Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga
Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.
Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.
Renung2kan dan selamat beramal......;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...