Thursday, 9 June 2011

Kenapa Hidung Saudari Berdarah.....????Saya x tau nk buat macam mana...JANGAN PANIK.... Lakukan Yang Terbaik Utk Org Tersayang..

  1. Sejak bila saudari mengalami hidung berdarah? Secara spesifiknya? Tahun ini atau tahun-tahun sebelumnya?
  2. Hidung saudari hanya berdarah pada waktu pagi sahaja? Atau berlaku pada waktu-waktu lain,siang,malam?
  3. Adakah masalah ini berlaku setiap hari? Atau seminggu sekali?Berapa kalikah kekerapan ?
  4. Boleh saudari perincikan kawasan manakah yang paling banyak mengalami pendarahan?kawasan hadapan(anterior) hidung?sebelah atau darah keluar melalui kedua-dua lubang hidung?
  5. Adakah pendarahan itu menganggu aktiviti harian saudari? Setakat mana ia menganggu kerja saudari?
  6. Apabila hidung berdarah,saudari ada mengalami pening-pening,muntah-muntah,denyutan jantung meningkat,atau berlaku juga pendarahan di kawasan lain selain hidung?seperti mata,telinga dan lain-lain? najis berdarah??
  7. Bagaimana jenis darah itu?dalam anggaran berapa milimeter atau berapa cawan kecil kuantiti darah yang keluar setiap hari? Apa warna darah yang keluar?
  8. Adakah masalah yang saudari hadapi berkait juga dengan perubahan musim?
  9. Saudari ada ambil ubat-ubatan yang lain seperti aspirin,steroid,ubat-ubatan herba dan sebagainya?
  10. Jika hidung berdarah,apakah perkara yang saudari lakukan untuk menghentikan pendarahan hidung?
  11. Saudari ada mengalami apa-apa penyakit sebelum ini? Seperti darah tinggi?
  12. Saudari ada mengalami apa-apa alahan ?
  13. Bagaimana dengan sejarah keluarga,ada di kalangan ahli keluarga saudari yang mengalami masalah yang sama?atau keluarga saudari mengalami sakit jantung atau darah tinggi?
  14.  terdedah pada mana-mana individu yang merokok?
  15. Jenis pekerjaan saudari? Dan rutin hidup?
Soalan di atas merupakan soalan umum yang kebiasaannya akan ditanya. Setelah maklumat lengkap diperoleh,barulah doktor akan melakukan investigation untuk mencapai diagnosis yang tepat mengenai masalah yang dihadapi saudari.

Suhu sekitar sejuk,dan bertambah sejuk pada waktu pagi dan malam. Sebenarnya, perubahan suhu yang tidak menentu dan mendadak juga menyumbang kepada komplikasi hidung berdarah. Bayangkan anda berada di luar,bertemankan kesejukan,dan apabila anda kembali ke pejabat atau ke rumah, suhu semakin bertambah,panas sedikit berbanding suhu di luar yang amat sejuk.maksudnya udara di dalam rumah atau mana-mana kawasan tertutup mengandungi udara yang kering. Perubahan suhu dan cuaca beginilah juga menyumbang kepada hidung berdarah. Ini disebabkan cuaca sejuk dan udara kering menyebabkan mucosal hidung menjadi kering, membengkak dan menyebabkan hidung berdarah secara tiba-tiba. Keadaan ini menjadi lebih teruk jika anda mengalami infeksi virus atau bakteria-hidung berair,mucus berwarna hijau pekat,selalu bersin,batul-batuk dan sakit mata. Semua symptom sebegini muncul ketika julat suhu terlalu rendah dan terlalu tinggi,seperti musim sejuk(winter),hujan,musim panas(summer).


Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada hidung berdarah?
Faktor Luaran(external factors)
-          Trauma (boxing atau pergaduhan menyebabkan hidup berdarah)
-          Perubahan cuaca dan suhu yang mendadak
-          Kurang minum air
-          Kurang makan buah yang mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi
-          Bendasing (foreign body)
-          Asap rokok
-          Debu-debu luar
-          Ubat-ubatan seperti aspirin
-          ubatan herba yang berkaitan
Faktor dalaman (intrinsic factor)
-          Inflamasi pada hidung/selsema/rhinitis
-          leukemia
-          Darah tinggi
-          Kanser
-          Penyakit genetic mudah berdarah seperti kurang vitamin K(vitamin K penting untuk pembekuan darah), kurang factor yang menyebabkan pembekuan darah,seperti kurang factor VIII dalam darah.
-          Penyakit hati (liver diseases)

Bagaimana pendarahan boleh berlaku?
Kawasan yang biasa berdarah pada hidung dikenali sebagai Little’s area,terletak di bahagian hadapan nostril(lubang hidung),spesifik di kawasan septum yang mengandungi salur darah yang nipis dan bersambung antara satu sama lain dikenali sebagai Kiesselbach plexus.

Terdapat juga pendarahan di bahagian belakang hidung(posterior) yang sukar untuk dikenalpasti.
Apabila terdapat jangkitan kuman pada kawasan ini,ataupun mengalami trauma,hentakan di muka dan sebagainya, salur darah yang nipis ini akan pecah dan hidung akan berdarah.









Bagaimana merawat hidung berdarah di rumah?
FIRST AID measure
Sewaktu pendarahan
-          Bertindak tenang
-          Duduk dalam keadaan menegak, tundukkan kepala sedikit. Jangan angkat kepala dan membelakangkan kepala anda!ini mengundang risiko sesak nafas dan darah dari hidung akan mengalir ke saluran pernafasan anda dan seterusnya menghalang pernafasan!
-          Tekan lubang hidung (nostrils)dengan ibu jari dan jari telunjuk anda,pastikan anda tekan cartilage hidung,bahagian hujung hidung yang lembut. Tekan selama 10 minit.
-          Darah yang berkumpul di dalam mulut atau kawasan oropharynx perlu diludah keluar
-          Longgarkan baju anda,longgarkan tali leher,tali pinggang
-          Letakkan ice pack di belakang leher anda(bahagian bawah tengkorak kepala) dan juga letakkan ice pack di atas hidung anda. Ini untuk mengecutkan salur darah seterusnya menghentikan pendarahan
-          Selepas 10 minit, buang perlahan-lahan ice pack tadi dan duduk dalam keadaan yang sama.
Kebiasaannya darah akan berhenti mengalir selama 10-15 minit. Cuba bertenang dan dapatkan rehat yang mencukupi selepasnya.
Apabila pendarahan berhenti
-          Elakkan bersin,batuk
-          Jika udara di dalam rumah terlalu kering,anda dinasihatkan untuk ‘lembapkan’/humidify rumah anda dengan memasang air-humidifier. Elakkan menghidu asap rokok !
-          Jika tiada,anda boleh menggunakan spray ke muka,untuk memberi kelembapan kepada hidung,sekaligus menghentikan pendarahan.
Hidung saya masih berdarah,apa yang perlu saya buat?
Jangan panik! Jika pendarahan tidak berhenti, segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Apakah keadaan yang memerlukan rawatan segera ke hospital?
-          Jika darah mengalir dari kedua-dua lubang hidung selama kira-kira 20 minit
-          Epistaxis berlaku selepas trauma pada kepala,sama ada kemalangan,terjatuh atau kepala terhentak ke permukaan yang keras
-          Pendarahan masih lagi berlaku kira-kira 30 minit selepas membuat rawatan first aid(seperti di atas)
-          Apabila terasa pening-pening dan muntah-muntah akibat hentakan yang kuat pada muka
-          Apabila hidung berubah bentuk atau ‘slipped’ dari keadaan asal
-          Apabila seseorang itu telah berumur
-          Apabila seseorang itu mengalami darah tinggi
Kesimpulan
Memandangkan masalah hidung berdarah merupakan perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita,maka kesedaran dan langkah pendidikan awal mengenai masalah ini perlu dititik beratkan. Sediakan ice-pack dan kotak kecemasan seawalnya di rumah,di tempat kerja,di sekolah dan sebagainya. Pastikan semua bahan di dalam kotak kecemasan(first aid ) lengkap tersedia dan pastikan mana-mana ubatan tidak melepasi tarikh luput. Selain itu,anak-anak kecil perlu didedahkan dengan latihan kecemasan seumpama ini. Ibu bapa lah yang memainkan peranan penting dalam hal ini.
Bersedialah dari awal!

So kepada sesiapa di luar sana belajar la mengenai cara menanganinya....supaya insan yg anda sayang selamat.......;)

Friday, 3 June 2011

Apa Erti Sesebuah Pemberian....Lebih2 Lagi Pada Org Yg DiSayangi....

NABI MUHAMMAD GEMAR MEMBERI HADIAH KEPADA ISTERI
Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.
Baginda Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Peranan hadiah sebagai pengikat kasih dan pendamai jiwa memang tidak boleh dinafikan. Hal ini terbukti dan pernah dialami sendiri oleh tokoh gerakan Islam Imam Hasan Al-Banna. Diceritakan bahawa semasa Imam Hasan Al-Banna sering menyampaikan kuliah agama. Dalam kuliah beliau itu, terdapat seorang Pak Cik tua yang sering mengemukakan soalan-soalan dengan niat untuk merendahkannya. Soalan yang dikemukakan itu, bukan dengan tujuan untuk mendapat ilmu, tetapi bagi menjatuhkan kredibiliti Imam Hasan Al-Banna sebagai seorang tokoh gerakan Islam di Mesir.
Melihat tindakan Pak Cik tersebut, Imam Hasan Al-Banna berfikir tentang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa itu. Akhirnya, Imam Hasan Al-Banna terfikir kepada hadis nabi yang menyebut tentang hadiah, menyebabkan Imam Hasan Al-Banna telah membelikan satu hadiah dan diberikan kepada Pak Cik tersebut.
Ekoran dari kejadian tersebut, menyebabkan Pak Cik itu sudah mula merasa malu dengan Imam Hasan Al-Banna, dan selepas dari kejadian itu, Pak Cik tersebut tidak lagi mengemukakan soalan-soalan "pekena" seperti yang selalu dilakukan sebelum ini.
Dari kisah ini, jelas kepada kita bahawa hadiah merupakan faktor penting dalam menaikkan semangat sayang menyayangi antara manusia. Lebih-lebih lagi, dalam usaha hendak melahirkan kasih sayang antara suami dan isteri.
Nabi SAW merupakan sebaik-baik contoh yang perlu dijadikan tauladan dalam pengurusan rumah tangga ini. Hal ini kerana, didapati baginda SAW juga sering memberikan hadiah kepada isterinya. Semuanya ini adalah bertujuan, untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami dan isteri.
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

Maksudnya;
"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.

Ubat Untuk Krisis Rumah Tangga
Oleh itu, bagi mereka yang sedang berada dalam krisis rumah tangga, perlu sangat mengambil pengajaran dari kisah Nabi ini sebagai panduan dalam menyelesaikan krisis tersebut. Disamping itu juga, bagi mengeratkan kasih sayang antara dua suami isteri, sewajarnya menjadikan pemberian hadiah antara pasangan sebagai sesuatu yang rutin.

Pemberian hadiah itu, tidak semestinya dari suami kepada isteri, bahkan tidak ada salahnya jika isteri yang memberikan hadiah kepada suami dalam mengeratkan hubungan kasih sayang dalam berumah tangga.

Begitu juga, bagi mereka yang berpoligami, kadangkala berlaku sedikit krisis antara isteri-isteri. Jadikan hadis ini sebagai panduan dalam mencari jalan penyelesaian. Mungkin suami memberikan hadiah kepada isteri-isteri masing-masing, atau bagi isteri yang sedar kesilapan ini berlaku, beliau bertindak memberikan hadiah kepada isteri yang lain.
Semuanya adalah bertujuan, untuk melahirkan keluarga yang bahagia, berasaskan kepada contoh tauladan Nabi Muhammad SAW.
Renung2kan dan selamat beramal......;)

Friday, 20 May 2011

Persahabatan VS Cinta..........................


Selalu.... kita dengar...... kita baca.... kita jumpa...... dan yg paling pasti.... kita laluinya..... 

Meh sini aku nk kongsi ngan hampa suma......
Persahabatan yang terjalin dengan indah akan harus ternoda hanya dengan satu rasa “cinta”  yang tumbuh dalam persahabatan itu….persahabatan itu harus terus ada tapi tidak dengan adanya cinta serta keinginan untuk memiliki terhadap sahabat sendiri. 

Ketika persahabatan itu tidak ingin ternodai tapi disebalik tu rasa cinta semakin menggebu ingin melebihi rasa yang dibatasi dalam kata ‘sahabat’menjadi satu yang sangat special.. apa yang harus dilakukan….. ??sementara persahabatan adalah satu kata yang paling indah untuk di jalani di dunia ini… kerana persahabatan adalah salah satu cara membuat hidup menjadi lebih berwarna dan lebih bererti… 
Tapi persahabatan itu sekarang harus berakhir kerana satu rasa “cinta” yang ingin menodainya,,, apakah itu jalan terbaik untuk mengakhiri persahabatan ketika persahabatan itu selalu mengikutinya…. 
Bagaimana anda menyingkapi dilema ini……..?

Banyak orang beranggapan cinta adalah penghianatan bagi persahabatan, seseorang yang jatuh cinta terhadap sahabatnya dianggap sebagai penghianat, tapi mengapa? bukankah cinta datang dengan tiba-tiba??, cinta memerlukan proses, dan tak seorangpun yang boleh menginginkan atau menolaknya?, cinta datang dengan sendirinya sebagai anugerah dari tuhan, lalu apa yang harus kita lakukan?

Tuhan memiliki rahsia besar terhadap perjalanan hidup setiap manusia, termasuk perjalanan cinta, lalu mengapa kita menentangnya? yang penting bagi kita adalah bagaimana menilai perasaan kita sendiri apakah cinta atau hanya nafsu, jika itu cinta tidak ada salahnya jikalau kita jalani dengan itikad baik kita, dan rasa cinta yang tumbuh dari mengenal pribadi itu adalah lebih indah.


Ni aku nak selitkan sebuah kisah……..


Aku membayangkan Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik, kerana dimana ada Cinta, Persahabatan selalu berada di dekatnya. Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan Persahabatan.;)


Suatu hari, Persahabatan berpikir bahwa Cinta
mampu membuat dirinya tidak mendapatkan perhatian lagi, kerana Persahabatan menganggap bahwa Cinta lebih menarik daripada dirinya. "Hmmm...kalau la cinta ni x dak, mungkin aku lebih terkenal, dan lebih banyak orang memperhatikan aku." Pikiaq si Persahabatan.

Sejak saat itu Persahabatan memusuhi Cinta. Saat Cinta mencoba bermain bersama Persahabatan seperti biasa, Persahabatan selalu menjauhi Cinta. Kalaupun Cinta menanyakan alasan kenapa Persahabatan menjauhi dirinya, Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beranjak pergi meninggalkan Cinta.



Hiks..Hiks..(  ;(  ).Kesedihan pun menghampiri Cinta, dan Cinta tidak sanggup menahan air matanya dan menangis menjadi-jadi. Kesedihan menyelubungi Cinta yang kehilangan teman baiknya. Beberapa hari tanpa Cinta, Persahabatan mulai bergaul dengan Kecewa, Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian...

Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan orang-orang
sekelilingnya mulai tidak menyukai Persahabatan. Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai, meskipun Persahabatan cantik,tetapi sifatnya mulai mejengkelkan. Persahabatan menyedari bahwa dirinya tidak lagi disukai kerana banyak orang yang menjauhinya.

Persahabatan mulai menyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada Cinta bahwa Persahabatan sedang menyesali keadaannya. Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta menghampiri dirinya, dengan
spontan air mata yang berlinangan Persahabatan pun mengungkapkan penyesalannya kerana meninggalkan Cinta.

Nak di singkatkan cerita...Persahabatan dan Cinta kembali berkawan baik. Persahabatan kembali menjadi peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan Anugerah dalam kehidupan.

Sering kali orang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta, kerana mereka pikiaq, "Kalau Persahabatan sudah disulam dengan Cinta, pasti akan jadi sulit !" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita.
Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. 
Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah. Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik.

Yang harus
dibetulkan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, justeru Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!!... seharusnya dengan adanya Cinta, Persahabatan akan semakin menyenangkan.

Bagi yang sedang menjalin Persahabatan... penuhilah Persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu

Bagi yang sedang mengalami
kekecohan dalam Persahabatan... jangan salahkan Cinta ! tetapi cubalah perbaiki Persahabatanmu dengan Cinta, karena Cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Bagi yang belum mengerti
erti Persahabatan ... cubalah memulai sebuah Persahabatan, kerana dengan Persahabatan kamu semua akan semakin dewasa, tidak ego dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi mengikut keinginan kita.

Bagi yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" dan c
ubalah memahami erti Persahabatan buat hidupmu. Keinginan, semangat, pengertian, kedewasaan, kelemah lembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam Persahabatan...


renung2kan lah..........selamat beramal....



Wednesday, 18 May 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Aku ada baca artikel ni....rasanya ni info2 penting yang boleh kita kongsi bersama......
renung-renungkan.........;)

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan
1. Menipu Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. 

  2. Harapan / Kebebasan Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.  

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus. 

  4. Mengungkit Hal Yang Lalu Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.  

5. Berbeza Pendapat Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.   

6. Status Yang Tinggi Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.  

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama. 

  8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.   

9. Kawan-kawan dan Keluarga Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda. 

NEW PET!!!!.............ha.....peliharaan baru abahku yg bernama 'Jack Li'(Lipan Gergasi)

Ni la peliharaan baru keluarga aku............"JACK LI"


Sejenis lipan atau nama saintifiknya 'centipede'
lipan ini di beri nama JACK LI......
(singkatan bagi Jack Lipan...hahahahahaha)


ini dia reaksi Jack Li....




Lipan Gergasi......panjang Jack Li...23cm.......
makanannya adalah cengkerik.........

Jack Li ni boleh la masuk geng Lipan2 terbesar yg ada di muka
bumi ni......
haaaaa......ni tgk pn dh pengsan.......blom apa2 lg...

ni plak.....abg Jack Li yang menetap kat hutan Amazon.....

haaa.... ni adik tiri Jack Li......hahaha
Depa ni tikus pn telan.....dasyat wooooo....!!
Besar wooo...NICE PET......;)

Tuesday, 3 May 2011

Osama MATI????

Sejauh mana kebenaran......Nilai lah sendiri......
cedih kan bila tgk mcm ni.......




TAPI.....KENAPA MUKANYA SERUPA JA MCM GMBAR2 OLD SCHOOL DIA........
JOM KITA TENGOK RAMAI2.......

Aik....!! gigi sama....janggut sama....senyum pn sama.....kedudukan wajah pn sama.....
maybe lepas kena bom warna kulit pn berubah........ye tak ye jugak kan......

NI.....SAPA NK JAWAB.....????
FIKIR2 KAN LAH.......
PEMBOHONGAN DUNIA YANG AMAT DASYAT....!!!!
DUNIA TELAH DI RANJAU......HAHAHAHAHAHA
SEDAR LAH WAHAI SEMUA......INI ADALAH MAINAN SETAN-SETAN DURJANA......DAN KUNCU-KUNCUNYA....!!!

Sunday, 1 May 2011

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... mudahkan wanita nk masuk syurga....


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA... jom share ramai2.....
semua orang kna tau pasai benda ni....

LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan 


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Surah Al-Munaafiquun : 
Ayat : 9 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. 
Ayat : 11 
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...