Wednesday, 18 April 2012

1 minit jer !! untuk mengingati Allah....tu pun susah bagi orang zaman sekarang ni...


1 minit jer !!  untuk mengingati Allah 
> > > 
> > > Step 1: 
> > > 
> > > Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: 
> > > 
> > > *SUBHANA'LLAH 
> > > 
> > > *ALHAMDULI'LLAH 
> > > 
> > > *LA I LAHA ILLA'LLAH 
> > > 
> > > *ALLAHU AKBAR 
> > > 
> > > *ASTAGHFIRU'LLAH 
> > > 
> > > *LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH 
> > > 
> > > *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA 
> > > MUHAMMAD 
> > > 
> > > *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN 
> > > 




> > > Step 2: 
> > > 
> > > Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi 
>perkataan 
> > > 
> > > Step 3: 
> > > 
> > > Forward email ini kepada sekurang-kurangnya 7 orang sahabat anda. 
> > > 
> > > Result 1: 
> > > Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk 
> > > mengingati,berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa. 
> > > 
> > > Result 2: 
> > > Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk 
> > > mengingati,berdoa kepada Nabi Muhammad Alaihisallam. 
> > > 
> > > Result 3: 
> > > Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan 
> > > kesejahteraan untuk kamu dan diAMIN oleh para Malaikat , 
> > > INSHA'A'LLAH 
> > > 
> > > Oleh itu....................duduklah sambil merenungi betapa 
> > > kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan 
> > > segala yang di redhoiNya Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di 
> > > beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita 
> 
> > > menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan.

Bila KeKasih Merajuk....



Bila kekasih mula merajuk (bagi penampor jerr)
Bagaimanakah dapat ku pujuk
hebatnya cinta banyak dugaannya
kau tak percaya yang aku setia
bukan niatku bermesra dengannya
kerna ia hanya teman biasa
Bila kekasih mula berpaling
tak perlu lagi bertentang mata
ucapkan sakti yang mana untuknya
dapat menghembus setiap bicara
kerna cintaku hanya untukmu
Belum puasku mengecapi redup asmara
kini cinta di hiris dengan perasaan
pada zahirnya engkau curiga
walau di jiwa terlalu setia
apa erti cinta
tanpa sefahaman
jangan di pertaruhkan
cinta dan perasaan
sehingga hatimu terluka
padamku kaulah intan
senyumanmu belaian jiwa
kau kasihku lupakanlah
usah biarkan ku sengsara

Belum puasku mengecapi redup asmara
kini cinta di hiris dengan perasaan
pada zahirnya engkau curiga
walau di jiwa terlalu setia
apa erti cinta
tanpa sefahaman
jangan di pertaruhkan
cinta dan perasaan
sehingga hatimu terluka
padamku kaulah intan
senyumanmu belaian jiwa
kekasihku lupakanlah
usah biarkan ku sengsara
Andainya kasih aku merajuk
adakah mungkin
engkau memujuk
Hebatnya cinta banyak dugaannya
Rindu dan dendam bukan permainan
kerna cintaku
hanya padamu....
..hanya padamu

Tuesday, 17 April 2012

SIAPA KITA NAK JUDGE DIA....^^





‎"Jangan pandang hina pada orang yang sedang lalai, jauh dari agama. Siapa tahu, kelak dia balik kepada islam dan menjadi lebih elok dari kita. Jangan pandang hina orang yang bergelumang dengan maksiat. Siapa tahu kita yang sering solat lima waktu ni bagaimana akhir usia kita?"

[SIAPA KITA NK JUDGE DIA...]- doa n teguran jd kekuatan

Apa yang patut LELAKI fikirkan......^^



Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.

Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama, terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.
Semoga kita saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).
PERKARA YANG HARUS DIKETAHUI OLEH SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG..^^


Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Hikmah Disebalik 5 jari.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini,
alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"...^^

Tuesday, 1 November 2011

Sakit Kepala

Anda sakit kepala...........???

Sakit kepala sebenarnya adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius. Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita. Ramai diantara kita selalu memandang remeh tentang penyakit ini. Kita tak pernah tahu samada sakit kepala itu serius ataupun tak.Selalunya orang akan berkata...

"ala sakit kepala ja pun.."

dan terus makan ubat tahan sakit. Hanya segelintir sahaja yang terdetik hati untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya. Fikir2kan la....


 
Sebab2 Sakit Kepala
Berikut adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun



Rawatan
Rawatan bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol      atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan.
Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang      ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Pencegahan
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat

Jangan anggap kita sentiasa sehat.....kita tak kena sakit kepala ini.. kita selalu menganggapnya satu perkara yang biasa. kita juga boleh dikejutkan dengan ketumbuhan otak, migraine dan sebagainya yang boleh melemahkan kita... namun dengan semangat  yang kuat dan kecekalan hati dapat membantu antibodi di dalam badan kita untuk melawannya........SEMANGAT YANG KUAT........;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...