Saturday 13 August 2011

Tulang Belakang Yang Bengkok..."Skoliosis"..Ingatlah insan yang tersayang.....

TULANG belakang yang membengkok atau skoliosis, bukanlah satu penyakit. Ia sebaliknya rujukan yang digunakan bagi menjelaskan keadaan bengkok yang berlaku pada tulang belakang.

Secara umumnya, tulang belakang secara semula jadi sememangnya bengkok sedikit bagi membantu bahagian atas badan mengekalkan keseimbangan jajaran pelvik. Bagaimanapun, apabila terlalu bengkok, inilah yang dimaksudkan sebagai skoliosis.

Remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan masalah skoliosis, terutama jenis idiopathik skoliosis iaitu satu keadaan tulang belakang yang membengkok tanpa diketahui sebabnya dan berlaku sejak kecil lagi. Tulang belakang yang membengkok ini pula membentuk seakan-akan huruf C atau pun S.

Lazimnya, ia membabitkan kawasan bahagian atas belakang atau bahagian antara atas belakang dan bawah belakang badan. Bagaimanapun, ia juga mungkin hanya berlaku pada bawah belakang.

Pakar Runding Ortopedik Hospital Pakar Shah Alam, Dr Ariff Sukimin Mohd Shukri, berkata dalam beberapa jenis kes skoliosis, idiopatik skoliosis adalah yang paling biasa dikesan.

“Ia kerap kali dikesan di kalangan kanak-kanak berusia 10 hingga 16 tahun. Walaupun lelaki dan perempuan memiliki kecenderungan yang sama untuk berdepan dengan skoliosis, tetapi remaja perempuan lebih kerap dikesan dengan idiopathik skoliosis,” katanya.

Untuk remaja lelaki, masalah tulang belakang yang membengkok memerlukan pemeriksaan lanjut, malah skoliosis di kalangan lelaki ada kalanya memaparkan komplikasi daripada masalah lain.

Andai dibiar tanpa rawatan, waktu paling berisiko bagi pesakit ialah ketika mencecah usia akil baligh, kerana ketika itu pertumbuhan tulang pesakit sangat pantas.

Walaupun skoliosis umumnya mudah dikesan, tetapi bagi kes yang tidak teruk, seseorang itu hanya menyedari kelainan pada tulang belakangnya selepas membuat imbasan sinar-X ketika pemeriksaan kesihatan.

“Bagi kes yang tidak teruk, skoliosis mungkin boleh ditangani dengan terapi tetapi bagi kes serius, individu yang bermasalah itu perlu menjalani pembedahan,” katanya.
 
Bagi kebanyakan kes yang membabitkan kanak-kanak perempuan, masalah tulang bengkok yang tidak dirawat akan menjadi semakin teruk. Tulang akan semakin membengkok apabila pesakit itu semakin membesar sekali gus menjejaskan penampilan dan pergaulan sosial penghidapnya.

“Mengesan skoliosis mudah. Apabila pesakit membongkok, belakang badannya tidak selari. Tulang belakang yang membengkok akan menonjol,” katanya.

Selain itu, mereka yang berhadapan dengan masalah skoliosis mengalami masalah sakit belakang yang kronik, kaki pendek sebelah, selain bahu juga tinggi sebelah dan pinggul yang tidak selari.

Pesakit yang tidak mendapat rawatan akan-akan semakin menderita seiring usianya. Tulang belakang bengkok menjejaskan jantung dan paru-paru dan menyukarkan pernafasan. Skoliosis yang progresif akan menjejaskan bahagian bawah tulang belakang (lumbar spine).

Pembedahan selalunya jalan terakhir apabila tulang belakang yang membengkok itu tidak boleh dipulihkan dengan terapi. Bagaimanapun, kosnya sangat mahal kerana memerlukan implan dipasang pada hampir sepanjang tulang belakang.

Komplikasi sekiranya tidak dirawat..

# Kerosakan paru-paru dan jantung. Ini boleh berlaku jika tulang belakang membengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat penat.

Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam
keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru dan pneumonia.

# Sakit tulang belakang. Semua pesakit, sama ada dewasa atau
kanak-kanak, berisiko tinggi mengalami masalah sakit belakang kronik.

Jika tidak dirawat, pesakit mungkin boleh menghidap masalah sakit
sendi. Tulang belakang juga mengalami lebih banyak masalah apabila pesakit berumur 50 atau 60 tahun.

# Masalah imej. Biasanya pesakit berasa rendah diri, malu dan kurang
yakin untuk berdepan orang lain kerana badan mereka tidak seimbang, tinggi atau senget sebelah.

# Kemurungan. Ini antara masalah psikologi yang paling dikhuatiri
pakar perubatan. Pesakit akan lebih mudah mengalami kemurungan dan rasa sedih melampau. 

Usaha

Untuk mengembalikan kedudukan tulang belakang yang bengkok sesuatu yang sukar kerana ia terdiri daripada ruas-ruas yang telah mengalami dislokasi mungkin sejak daripada kecil lagi. Cumanya kita perlu pastikan kedudukan tulang tersebut tidak terkena saraf yang menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit tertentu.

Saya telah menulis dalam blog yang lepas dan anda boleh merujuk kepada terapi untuk tulang belakang. Riadah untuk tulang belakang sesuatu yang sangat penting telah diajarkan dalam kursus kiropraktik. Dengan bantuang ahli kiro gejala pembengkokan akan dapat dikurangi sedikit demi sedikit disamping pengambilan herba yang betul.

Maaf, susu kadangkala mendatangkan masalah tulang belakang terutama kepada mereka yang kekurangan enzim lactase dan menyebabkan berlakunya asidosis dalam tubuh badan. Tulang akan dikuras bagi mengilangkan asidosis yang berlaku tulang belakang menjadi semakin parah.

Ingatlah orang yang tersayang....Doa tidak pernah putus dipanjatkan memohon supaya sihat sentiasa.....Insyaallah...;)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...