Saturday, 2 April 2011

Ibu.....maafkan aku....tak terniat pun untuk menyakiti hatimu.....

Salam perkhabaran pada semua......
pernah tak hampa semua berfikir sejenak.....ingat pada kedua orang tua kita.......
kita selalu alpa.....seronok dengan kawan2......dengan awek.....sementara mereka masih ada hargailah mereka.... bila dah tiada nanti barulah kita akan terasa kehilangan yang teramat sangat......
orang yang kita sayang......orang yang membesarkan kita......bagi kita pelajaran...... 
ni nak pesan.....yang mana yang dok jauh...hantar message pun dh ckup menggembirakan hati kedua ibu bapa kita.....ni sampai lupa terus..... nak jadi anak apa ni......bawak2 la beringat....
kita kena la selalu mendoakan mereka......walau macam mana jahat mereka tu......mereka tetap ibu dan bapa kita.....kita berdoa la agar mereka diberi petunjuk.......bukannya terus membenci.......ni aku nak kongsi sikit ngan semua....

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW, seorang pemuda bernama Alqamah x leh mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya, ni kena jadi bahan renungan setia anak pada zaman moden ini.
Alqamah adalah seorang pemuda yang baik dan taat, rajin mendirikan solat, banyak berpuasa dan bersedekah. Tetapi, Alqamah dikatakan lebih mengutamakan isterinya berbanding ibunya lalu ibunya makan hati berulam jantung dan tersinggung dengan perbuatan anaknya tu. Akibatnya, Alqamah tak mampu nak mengucap dua kalimah syahadah pada saat2 penghujung hayatnya.
Masalah ni telah diajukan kepada Rasulullah SAW. Maka, Rasulullah SAW bertanya ,"adakah bapanya masih hidup?, mereka menjawab : sudah tiada.........Rasulullah SAW bertanya adakah ibunya masih idup?....mereka menjawab : masih ada..." 
Lalu Rasulullah SAW memerintahkan supaya memberitahu ibunya bahawa Baginda ingin bertemu dengannya.... Berita itu disampaikan kepada ibunya....ibunya pun berasa perlu untuk pergi berjumpa Rasulullah SAW....dia terfikir takkan Rasulullah SAW nak mai jumpak dia pulak.....
Selepas berbincang dengan Rasulullah SAW.....ibunya enggan memaafkan Alqamah.....
Akhirnya Rasulullah SAW bertindak untuk membakar Alqamah hidup-hidup di hadapan ibunya jika ibunya tidak memaafkannya. Akhirnya tindakan Rasulullah SAW itu menyebabkan ibunya segera memaafkannya dan Alqamah dengan mudah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Selepas dimandi, dikafan, disolat dan dikebumikan, Rasulullah SAW berdiri di tepi kuburnya lalu bersabda bermaksud: "Wahai kaum Muhajirin dan Ansar! Sesiapa yang lebih mengutamakan isterinya daripada ibunya, nescaya akan ditimpa kepadanya laknat Allah dan juga tidak akan diterima daripadanya taubat dan tebusannya."(Hadis riwayat Abu al-Laith)

Kisah Alqamah dengan ibunya ajaq kita betapa seorang ibu tu sanggup berkorban apa saja kat dalam dunia demi keselamatan dan kesejahteraan anaknya. Oleh sebab tu lah, Islam mewajibkan anak menunaikan segala hak ibu dan melayani ibunya dengan sebaik mungkin.
Dalam pada tu, Islam mengharamkan anak daripada melakukan sesuatu yang boleh menyakit dan menyinggung perasaan ibu. Pendek kata, ibulah insan paling berhak mendapat layanan terbaik daripada anak selaras pengorbanan dilakukannya. Mereka tak pernah lupa untuk mendoakan kita.......tapi kita???

Bukankah Rasulullah SAW pernah ditanya seorang lelaki seperti hadis bermaksud: "Ya Rasulullah! Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu."
Hadis Rasulullah SAW ini mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi berbakti kepada orang lain, walau kepada bapa sekalipun. Malah, Rasulullah SAW menyebut berbakti kepada ibu sebanyak tiga kali berturut-turut dalam hadis itu, barulah Baginda menyebut berbakti kepada bapa, sekali gus menunjukkan betapa besarnya jasa dan pengorbanan ibu terhadap anak.

Walau bagaimanapun, kita leh la lupa melupakan peranan bapa bagi menjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup sesebuah keluarga. Justeru, kita seharusnya menghormati dan menyayangi ibu kita tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap bapa.
Begitu juga sebaliknya, kita memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada bapa tanpa mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap ibu. Ibu bapa berperanan besar dalam membentuk kehidupan, kelangsungan dan kebahagiaan anak mereka.

aku sertakan video klip ini......buat renungan kita yang alpa ini.....

 hubungilah ibu bapamu........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...