Thursday, 17 May 2012

Cantiknya seorang lelaki dan Cantiknya n gagahnya seorang perempuan



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Kecantikkan seorang wanita yang sebenarnya terletak pada akhlaknya....

Dan dimana Kegagahan Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Thursday, 10 May 2012

Bagaimana kita dapat mempertingkatkan kekusyukkan kita ketika solat???

Sembahyang yang diterima oleh Allah SWT adalah solat yang khusyuk dan tawaduk. Oleh itu penumpuan fikiran terhadap solat hendaklah dilaksanakan.

1. IKHLAS - kepada ALLAH.


2. HAYATI - setiap pergerakan dan bacaan dalam solat.


3. IHSAN - hendaklah kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat Allah, sekiranya kamu tidak melihatNYA, maka DIA melihat kita  - bermaksud solat tersebut dilakukan dilakukan dalam keadaan kita sebagai hamba yang dhaif dan menyedari bahawa Allah Maha Meliahat setiap perbuatan kita termasuk solat yang dilakukan.


4. MEMAHAMI - makna ayat-ayat yang dibaca dalam solat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...