Anda sakit kepala...........???
Sakit
kepala sebenarnya adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya
tidak menggambarkan
suatu penyakit yang serius. Ia
melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua diantara kita mengalaminya. Walaupun
ia tidak serius, ia menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita. Ramai diantara kita selalu memandang remeh tentang penyakit ini. Kita tak pernah tahu samada sakit kepala itu serius ataupun tak.Selalunya orang akan berkata...
"ala sakit kepala ja pun.."
dan terus makan ubat tahan sakit. Hanya segelintir sahaja yang terdetik hati untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya. Fikir2kan la....
Sebab2
Sakit Kepala
Berikut
adalah sebab-sebab yang merangsang sakit kepala :
• Tekanan (tension headache).
• Kemurungan
• Migraine (penyempitan salur darah)
• Penyakit serta ketegangan dalam mata.
• Sakit gigi dan tulang rahang.
• Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung
dan Tekak.
• Kejang otot.
• Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
• Angin Ahmar
• Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak
(Brain Tumor).
• Tekanan Darah Tinggi
• Pengambilan dadah dan racun
Rawatan
Rawatan
bergantung kepada sebab :
• Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
• Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti
Tablet Paracetamol atau Asprin.
• Cuba teknik bertenang dan urutan.
• Jika migrane, letakan beg air batu atau tuala
sejuk di atas dahi anda dan ubah suai
pemakanan
anda.
• Kendalikan tekanan anda dengan baik.
• Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan
akupuntur.
• Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.
Bila
Perlu Berjumpa Doktor.
Sakit
kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan
memudaratkan.
Jumpa
doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut
:
• Demam.
• Jika anda melebihi 40 tahun.
• Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat
tahan sakit yang ringan.
• Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
• Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa
anda alami.
• Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
• Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
• Kejang tengkuk/leher.
• Khayal/lali.
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk
di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
• Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit
kanser dan HIV
Pencegahan
• Tangani tekanan anda dengan baik.
• Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
• Pemakanan seimbang.
• Kerap bersenam.
• Berhenti merokok.
• Amalkan gaya hidup sihat
Jangan anggap kita sentiasa sehat.....kita tak kena sakit kepala ini.. kita selalu menganggapnya satu perkara yang biasa. kita juga boleh dikejutkan dengan ketumbuhan otak, migraine dan sebagainya yang boleh melemahkan kita... namun dengan semangat yang kuat dan kecekalan hati dapat membantu antibodi di dalam badan kita untuk melawannya........SEMANGAT YANG KUAT........;)